SEMAK TEMPAT MENGUNDI... LINK SPR



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...


Hai reader semua,

Bonde nak tanya adakah anda... telah berumur 21 tahun, sudah daftar untuk mengundi tahun ini,  tahun ni dengar khabar adalah tahun di mana akan diadakan pilihanraya umum, mana-mana anda yang sudah cukup umur tu... sudah layak mengundi tahun ini.

Untuk anda yang sudah mendaftar nak buat semakkan sila ke link dibawah :


>>>>>>>>Semak Daftar Pemilih disini.

SEMAK DAFTAR PEMILIH 2017


Tak tahu nak daftar dekat mana? 

Anda boleh mendaftar dimana-mana Pejabat SPR Negeri dan daerah masing-masing. 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat SPR Negeri Selangor di talian  03-55194273.

SPR ada info....

Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka setiap hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.

Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.

 SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu: 



(a) Pendaftaran Baru: SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.


(b) Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi: SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu.


Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan 2 jenis pemilih iaitu: 

(a) Pemilih Biasa: Pemilih biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya.

(b) Pengundi Tidak Hadir: Pengundi Tidak Hadir atau PTH adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. PTH ini dibenarkan mengundi secara pos.

Untuk keterangan lanjut sila klik link : http://ppn.spr.gov.my/selangor/


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan