BondeZaidalifahDotCom: PETUA BIDAN-BIDAN LAMA MANDI KETIKA PANTANG BERSALIN BAGAIMANA??

PETUA BIDAN-BIDAN LAMA MANDI KETIKA PANTANG BERSALIN BAGAIMANA??

11:59 am

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai reader semua....

Pagi ini Bonde tergerak nak kongsi cerita, memandangkan semalam... Bonde ada checkup bulanan di Hospital Putrajaya.  Sementara tunggu giliran nombor dipanggil tu, Bonde dok perati ibu-ibu  yang lalu lalang depan Bonde, yang sedang mengandung, ibu dalam pantang... bawa anak may be anak ada jangkitan demam kuning.

Terus throwback balik 15 tahun lepas... masa Bonde dalam pantang... huh.. masa dalam pantang memang macam-macam kene jaga... masa tu arwah mentua yang jaga... Mula-mula memang sedih sebab bersalin czer, (sob sob sob sedih) Sudahlah bersalin czer memang banyak kene belajar, mentua Bonde pon pertama kali menjaga Bonde yang bersalin czer... sebelum ni kakak dan adik ipar semua bersalin normal, Bonde sangat bersyukur dan berterima kasih dengan Mak kerana menjaga Bonde masa tu... Pengalaman berpantang dengan mentua... Cian Mak melayan kerenah anak menantunya ini.  Bonde kan Manja hu hu hu.

Bonde nak kongsikan juga apa yang Bonde baca dengan anda semua....


Petua Bidan-Bidan Lama Mandi Dalam Pantang Bersalin.

Kalau ikut cara kaum cina, 30 hari mereka memang tak jumpa air. Bukan setakat basah rambut. Mandi pun langsung tak boleh.

Cara bidan-bidan Melayu Lama. Aturan dan tertibnya.

1. Mandi waktu dhuha

Maksudnya biar matahari dah tinggi sedikit. Cuaca dah suam-suam.  jangan lepas dah sedap mandi air suam disebabkan suhu sekitar yang sejuk, tiba-tiba kita jadi menggigil lepas mandi. Bahaya tu. Takut tiba-tiba bentan menggigil.

2. Mandi air suam-sauam panas untuk badan

Boleh mandi air rebusan daun herba. Kalau susah nak cari daun-daun, mandi je air kosong yang suam. Janji suam-suam panas. Jangan suam-suam sejuk. Banyak beza tu

3. Untuk kepala, WAJIB mandi air paip biasa

Jangan basuh rambut dan muka dengan air panas. Pantang 7 keturunan tu. Kalau dilanggar, ibu mudah kena pening kepala. Rambut mudah gugur. Kulit muka cepat berkedut. Amalan ni bukan untuk ibu dalam pantang je, untuk semua sebenarnya. Laki, perempuan, tua, muda semua boleh ikut petua ni. Saya dah biasakan anak-anak sejak lepas lahir lagi. Muka rambut memang air paip biasa. Badan je air suam

4. Mandi jangan lama-lama

Paling lama 10 minit je.

5. Mandi orang pantang 1 baldi besar je

Bukan 1 kolah. 1 gayung ratakan seluruh tubuh. Sabun puas-puas. Lepas itu gunakan air lebihan dalam baldi buat bilas sabun. Dah cukup

6. Mandi sehari sekali

Wanita yang mandi banyak-banyak dan lama-lama dalam pantang kita akan nampak kulitnya tak anjal. Even kurus tapi kulit tak firm. Muka sembap. Badan boyak.

7. Minggu pertama sebaiknya lap-lap je dulu

Dry cleaning. Kalau yang czer ni memang kene lap-lap jer rasanya... jangan basah-basah sangat sebab takut luka tu lambat nak kering dan basah.. takut ada bakteria membiak pulak nanti bahaya... luka kene bagi betul-betul kering!


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN