BondeZaidalifahDotCom: LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

5:45 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua...

Sempena Lazada Birthday Sale 22 – 24 March 2017, Lazada mengadakan “LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST”. Habislah Bonde dah tergoda dengan Blogger Contest ni,  Lagi-lagi dah tergoda dan teruja tengok ramai blogger yang dah join sempat jugak Bonde sekodeng blog diaorang.... Takkan Bonde nak duduk diam jer... mana boleh tahan! nak klik-klik jugak online shopping Lazada. 

Sudahlah Bonde ni memang pelanggan tetap Lazada yang tegar. Kawan-kawan office selalu perli, asyik shopping jer... barang sampai jer setiap hari mesti ada nama Bonde... parcel dari Lazada Malaysia. Biasanya Bonde akan shopping berjemaah dengan kawan-kawan office... bukan apa nak kumpul Bcard point he he he.

HAPPY 5TH BIRTHDAY TO LAZADA!


LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

Sekejap jer dah 5 tahun wujudnya Online Shopping Lazada, sekejap sungguh masa berlalu...

A. Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?

Bonde sangat suka  berbelanja di Lazada Malaysia kerana ianya sangat menjimatkan masa dan mudah  tidak perlu pusing-pusing mencari parking dan rata-rata shoppingmall kene bayar parking ada yang bayar ikut jam dan ada yang bayar bila masuk parking... yang bagusnya, jika shopping online di Lazada kita boleh buat pilihan yang bijak, beli masa harga sale, yang penting tidak perlu lagi membayar parking.... dan tercari-cari parking kosong, selesa duduk depan pc... bukak web Lazada dan Klik sana, klik sini buat bayaran ... dah siap shopping. 


Bestnya online shopping di Lazada ada rangkaian barangan pelbagai pilihan dan jenama. Pilih saja apa barangan yang diperlukan dan boleh survey harga-harga produk mengikut jenama yang ada dalam web tersebut.  selalu harganya sangat berpatutan.

Lazada selalu mengadakan sales. Dalam banyak online shopping yang ada... Bonde lebih suka membeli di Lazada kerana perkhidmatannya terbaik dan perbezaan harga barangan juga adalah yang paling rendah. Proses pengeposan barangan pula tidak pernah mengecewakan buat masa ini, selalunya pesanan barang yang dibeli juga tidak memakan masa terlalu lama. 

Kalau stok barangan ada, yang paling best dan rasa nak lompat dan bersorak yeyyy kuat-kuat bila barang yang order hari ni, esok barang dan sampai.                
I love you Lazada.... muah ciked...

B. Tiga produk pilihan utama dari Lazada Malaysia (Produk Kegemaran)

YANG PERTAMA :

CANON EOS M10 KIT W/EFM 15-45 MM IS STM LENS SYSTEM CAMERA WHITE

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST


Sebab utama Bonde memilih Kamera Canon ni adalah untuk mengambil gambar-gambar semasa event-event jemputan dan pelancaran (mana yang sempat Bonde hadir) dan produk review... memandangkan Kamera ini boleh menyimpan banyak gambar-gambar dan ianya akan digunakan khas untuk blog. Bonde memang memerlukan yang gambar-gambar yang berkualiti untuk diletak dalam entri.  Maklumlah bila gambar cantik ada kualiti mesti ada yang tertarik nak baca entri tu nanti.  Bonde rasa kamera Canon ni mempunyai ciri-ciri kamera terbaik yang Bonde cari dan perlukan selama ini. Kamera ini juga mempunyai connetivity wifi NFC canggihkan... terus boleh share gambar ke media sosial Instagram dan Facebook.


YANG KEDUA :


LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST


Bonde rasa ini Household Foldable Clothes Dryer ini juga Bonde perlukan untuk kegunaan harian, Ianya bagi Bonde sangat penting juga memandang cuaca yang kini selalu dan kerap hujan. Moga dengan adanya alat ini dapat menjimatkan masa Bonde untuk mengeringkan semua baju-baju di Dobi layan diri. Maksud Bonde sambil mengeringkan baju bonde boleh buat kerja lain jika berada dirumah contohnya : sambil mengering baju, boleh memasak, menyapu dan mengemas rumah.

YANG KETIGA :

TRAVEL STAR Q03 PREMIUM GLOSSY ABS+PC LUGGAGE SET ( 3 IN 1 SET)

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST


Beg Travel ini Bonde perlukan untuk memudahkan Bonde dan Family pergi travel nanti. Bestnya beg ini, Kalau beli set ini akan dapat 3 sekali gus. Complete pakej untuk family Bonde, berangan dah kalau dapat nanti nak cop yang besar untuk Bonde, Yang sedang-sedang untuk Kanda dan yang kecil fatin. (hi hi hi ) lepas ni kalau nak balik Kampung pun tak lah semak kereta, cantik jer tersusun dalam bonet hi hi hi.


C. Apa pendapat anda supaya Lazada Malaysia dapat meningkatkan lagi perkhidmatannya?

Bonde berharap  Lazada dapat mengekalkan perkhidmatan terbaik dan cemerlang dimasa akan datang dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan dan menambah keperluan-keperluan yang berikut : 

- Dari segi kualiti barangan, Lazada hendaklah mementingkan barangan berkualiti sama seperti yang pelanggan ingini.   

-  Perkhidmatan penghantaran pula, Lazada hendaklah membuat penghantaran seperti dalam tarikh yang telah ditetapkan. Agar tidak berlaku penangguhan penghantaran  barang yang terlalu lama.  terutamanya  barang/produk dari luar negara.

- Perbanyakkan lagi pelbagai perbankkan untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran dengan mengekalkan lagi senarai perbankkan yang ada.


D. Apakah ucapan selamat hari lahir anda untuk Lazada Malaysia?

Ucapan Bonde untuk Lazada Malaysia sempena ulang tahun Lazada yang ke 5. ialah :

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST


Happy Birthday 5th Lazada

Semoga Lazada Malaysia sentiasa Maju dan mempunyai berjuta pelanggan setiap hari, Moga Lazada Malaysia terus mengekalkan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang dimasa akan datang... 

(Bersyukur sangat kalau Lazada dapat menghadiahkan salah satu barangan dan produk yang tersenarai diatas. he he he... Terima kasih Lazada...)


Senarai hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh Lazada Malaysia untuk Lazada Birthday Blogger Contest


Kurang 50 Peserta (10 Pemenang)



1st Prize: 1 x RM300


2nd Prize: 3 x RM200


3rd Prize: 6 x RM100 


Lebih dari 50 dan Kurang dari 100 Peserta (20 Pemenang)


1st Prize: 1 x RM500


2nd Prize: 7 x RM250 


3rd Prize: 12 x RM125 


Lebih dari 100 Peserta (30 Pemenang)


1st Prize : 1 x RM800


2nd Prize : 12 x RM300 


3rd Prize :17 x RM150 


Bagi anda yang belum join tu... Cepat-cepat join contest ni tau... jangan nanti menyesal tak sempat join, boleh klik Lazada Birthday Blogger Contest untuk join. 

Masih berbaki .... 3 hari untuk anda join. Lazada Birthday Blogger Contest berlangsung dari 1 – 23 Mac 2017 dan tamat pada jam 11.59pm

Selamat Berjaya semua.... InsyaAllah Aammin.

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

4 TEGURAN MEMBINA

  1. Bonde ooo bondeee... gut luck ye bonde.. moga ada rezeki kite utk menang nanti.. insyallah.. :)

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN