BondeZaidalifahDotCom: ‘ BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU ! “.

‘ BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU ! “.

11:42 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Malam

Hai reader semua...

Malam ni Bonde nak join segmen yang di anjurkan oleh Ben Ashaari iaitu Presiden Kelab Blogger Ben Ashaari.

Tajuk segmen Ben kali ini ialah : 

BEN ASHAARI, KELAB BLOGGER BEN ASHAARI, KBBA9,

BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU  !

Sila jawab soalan berikut dengan panjang lebar.

Kenapa anda jadi blogger ? 


Mula-mula baca soalan pertama memang rasa terkedu nak jawab... tapi masih ade jawapan untuk soalan tersebut.


Bonde jadi blogger bukan untuk kejar populariti atau untuk femes.  Asalnya suka membaca blog blogger lain, disitu timbul rasa ingin ada blog sendiri. dalam hati berkata "eh aku pun ada banyak benda boleh kongsikan" dekat blog nanti.

Dahulu bermula tahun 2010 Bonde cipta blog http://kumahuitu.blogspot.com masa ni Bonde jadi blogger yang syok sendiri entah apa-apa yang ditulis kalau dibandingkan entri dulu dengan sekarang gerenti anda nak baca pon menyampah dan meluat... tak ada entri menarik langsung dan ianya lebih kepada diari harian dan terlebih syok sendiri (ha ha ha)

Sekarang setelah lebih kurang 6 tahun blogging Bonde sudah menjadi blogger yang agak matang... Tetap menaip untuk kepuasan diri sendiri dapat bercerita dan berkongsi pengalaman dengan orang lain, dapat memberi info dan manfaat kepada orang yang membaca blog Bonde khususnya berkaitan entri review yang Bonde kongsikan.

Blog Bonde kini:

BondeZaidalifahDotCom

Dikatakan sekarang blog tidak lagi relevan dan akan pupus dari internet.

 Apa pendapat korang ?

Pada pendapat Bonde, pada zaman yang penuh panca roba ini, kebanyakkan syarikat dah tak mampu nak bayar iklan yang berlipat ganda mahal di bill board, di majalah, surat khabar dan di kaca tv.

Jadi syarikat-syarikat kecil dan besar yang baru dibuka atau memulakan perniagaan tersebut mencari blogger yang ada diatas dunia ini untuk mempromosi iklan-iklan mereka!  Kerana blogger ada cara tersendiri untuk membantu meningkatkan produktivi sesuatu perniagaan.

Disini Blogger memainkan perasanan yang besar.

Kalau dikatakan blog tidak relevan dan akan pupus itu salah sama sekali. Sebenarnya blogger membantu syarikat-syarikat kecil dan besar untuk mempromosikan perniagaan mereka.


Antara blog , Facebook dan Instagram , mana satu medan pengiklanan yang lebih berkesan bagi korang dan kenapa ?

Bagi Bonde setiap media sosial ada peranannya tersendiri mempunyai kelebihan dan kekurangannya seperti :

BLOG:

Jika di Blog entri lebih panjang dan pada yang suka membaca ianyanya akan mencari blog untuk dapat info lanjut. di Blog info lebih terperinci boleh share banyak gambar dan jalan cerita lebih panjang.

FACEBOOK :

Disini maklumat disampaikan agak jelas kerana info yang dikongsikan tidak terlalu panjang. Individu akan tengok gambar-gambar viral sahaja dan memalui like & share dari pembaca.

INSTAGRAM :

Disini maklumat disampaikan info yang dikongsikan lebih pendek.  Individu akan tengok gambar-gambar viral sahaja dan memalui #yangpopular dan melalui like yang banyak.

mana satu medan pengiklanan yang lebih berkesan bagi korang dan kenapa:

Disini Bonde ingin katanya sekarang zaman dah moden dengan menaip diblog anda terus boleh kongsikan dekat Facebook dan Instagram jadi seharusnya anda menggunakan blog untuk memberi kesan kepada pengiklanan anda dengan cara sharekan link entri berkaitan di Facebook dan Instagram.

Pengiklanan diblog memakan masa yang lama seandainya blogger mengekalkan entri tersebut pada blog tanpa memadamkannya dan seandainya anda mencari info di google search anda akan jumpa pelbagai maklumat dan info berkaitan tentang key word yang anda type.

Dan bila dah jumpa janganlah malas baca, jangan baca separuh jalan pula... baca hingga ke titik yang terakhir yea.

Blogger sering dikaitkan dengan ‘perwira papan kunci’. Bagaimana nak menafikan dakwaan ini ? Apakah yang perlu blogger buat ?

Senang sahaja bagi amaran seperti dibawah :

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 


[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Apakah Facebook dan Instagram anda. Sila letakkan link. Kengkawan nak follow..




Ok nak post dah entri sebab jam dah 11.42 malam...... Tutup penyertaan , jam 12 tengah malam ini.. 6/3/2017.

#kelab bloggerbenashaari
#kbba9


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

  1. nasib baik sempat join kan hehehe

    betul tu blog takkan pupus selagi masih ada 'demand' nya

    ReplyDelete
  2. Hai bonde. First time datang blog bonde. Wohaa. Nice sharing bonde. Uyul newbie lagi.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan bonde.. singgah dari blog abam ben..

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN