BondeZaidalifahDotCom: TIP SIHAT MENGAMBIL DAGING MERAH @ DAGING PUTIH

TIP SIHAT MENGAMBIL DAGING MERAH @ DAGING PUTIH

1:56 pm

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari...


Hai Reader Semua,

Hari ini Bonde nak kongsikan kepada anda semua berkaitan ...

TIP SIHAT MENGAMBIL DAGING


Baru-baru ni Bonde terbaca di Majalah i-Sihat Slot info Pemakan berkaitan Daging Merah @ Daging Putih.  

Terdapat banyak jenis daging yang boleh dijadikan sebagai Sumber Protein untuk keperluan tubuh badan.

Berdasarkan warna, daging dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Daging Merah dan Daging Putih.

SUMBER DAGING MERAH





-Lembu

-kerbau

-Kambing


SUMBER DAGING PUTIH


-Ayam

-Ayam Utan

-Burung

-Ikan-ikan

- Hasil laut (udang,ketam)

Sebenarnya warna daging dipengaruhi oleh protein yang digelar mioglobin yang terdapat dusemua otot, termasuk daging Mioglobin seperti
mana hemoglobin, adalah protein yang mengikut oksigen.  Hemoglobin mengangkut oksigen dari paru-paru ke sel-sel diseluruh tubuh, sementara mioglobin menyimpan oksigen didalam sel.

Umumnya kelompok daging merah memiliki mioglobin lebih banyak, secara rata-rata, daging lembu mengandungi 8 miligram (mg) per gram daging daging daripada jenis yang lain kambing sekitar 6 (mg) dan bg burung mengandungi 1-3 (mg)

Untuk memenuhi keperluan gizi yang seimbang, kita sebaliknya mengambil kedua-dua jenis daging tersebut.  Tidak hanya mengambil satu kelompok daging kerana setiap satu memiliki kelebihan ,kekurangan dan saling melengkapi.

- Daging putih memiliki kadar protien yang tinggi

- Daging merah memiliki kadar lemak tepu dan kolestrol yang tinggi.

TAHAP KOLESTROL TINGGI DALAM DARAH

The american Heart Association mencadangkan mengambil ikan yang kaya omega 3 secara minimum dua kali dalam seminggu untuk mengurangkan risiko jantung.


CARA MENGURANGKAN LEMAK JAHAT

Salah satu cara mengurangkan lemak jahat adalah mengurangi asupan lemak jahat seperti trans fat dan lemak jenuh, daging merah, keju serta susu tinggi lemak.

Bagi mengantikan daging merah anda boleh mengambil daging putih atau daging tanpa lemak.  Misalnya daging ayam tanpa kulit.

Review Bonde :

Setelah membaca artikel info pemakanan tersebut, memandangkan pemeriksaan darah yang lepas Bonde telah disahkan mengalami Kolestrol tidak stabil, Bonde akan mengurangkan pengambilan Daging Merah dan akan melebihkan daging putih dan daging tanpa lemak Cara masak juga turut di ubah kepada kurangkan masakan bersantan.(Lepas ni makan sup ayam jer)

Moga info ini dapat memberi manfaat kepada anda semua...




 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN