BondeZaidalifahDotCom: NIKMAT BETUL MAKAN BISKUT GERY !

NIKMAT BETUL MAKAN BISKUT GERY !

2:05 pm

Assalamulaikum Dan Selamat Pagi...


Hai reader semua...

Dah makan tengahari ke? Alhamdulillah Bonde dah makan tengahari tadi bawa bekal asam rebus ikan merah campur keladi... sedap wei.. puji makanan sendiri.

Sebenarnya... Bonde nak kongsi cerita nih, minggu lepas Bonde rasa tak sihat sangat... 2 hari sakit kepala dan mata berpinar-pinar... wah sampai buka spek mata ingat spek kotor, rupanya spek tu tak kotor pon... mata yang berpinar-pinar alamak tiba-tiba risau pula, adakah sebab hari tu kurang darah Bonde kene pi Hospital masuk darah pulak... haru... bertambah sakit kepala dibuatnya.. mata pulak tak boleh pandang bawah rasa nak terkeluar...

Esoknya hari Selasa,

Bonde minta Kanda hantar ke klinik panel... memang dari siang bawa ke malam dah tahan sangat dah.. sakit kepala tak hilang...

Dah buat pemeriksaan Doktor,   Doktor kata simptom yang bonde alami disebabkan oleh kurang gula.

Ya Allah cam mana ni??? kurang darah, kurang gula bahaya ni... Boleh pengsan tiba-tiba.



Doktor pesan kalau diet jangan tak ambil gula langsung... kepala jadi pening sebab badan bagi masagge gula dah kurang.... Alhamdulillah  dapat  control lagi...

Doktor pesan makan benda manis-manis sikit... nak bagi tenaga.

Kebetulan Zue bagi  Biskut Gery  sebungkus dekat Bonde, Memang sebelum nih Bonde tak pernah makan pon Biskut nih, dengar cerita biskut ni memang viral dekat media sosial,

Dekat pejabat Bonde pon ada pengedar Biskut Gery ni... Boleh order je nak berapa? senang dapat Biskut ni... 


GERY SALUUT MALKIST



BISKUT GERY FRENCH SWEET CHEESE

Biskut ni sama macam biskut lemak biasa, cuma sebelah lapisan biskut ni bergula dan sebelah lapisan lagi bercheese.



Lapisan bercheese....


Biskut ni memang sedap... lemak manis bercheese gitu...  Ok Bonde makan sebungkus seorang tanpa berkongsi dengan siapa-siapa?  Bukan tamak... masa tu Bonde ada seorang sahaja di pejabat semua orang dah balik. Makan punya makan tak sengaja habis!


Nikmatnya makan biskut Gery nih!


Sedap.... sekali!


Up sekeping lagi....




Ok dah makan manis-manis harap tak kurang gula lagi eh...

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

6 TEGURAN MEMBINA

  1. Mcm sedap je biskut ni..Haritu saya & member duk cari biskut ni kat Mydin, sekali tak jual daaa..

    ReplyDelete
  2. Selalu makan. Sekeping dua memang rasa sedap. Bila dah berkeping-keping, rasa tak sedap pulak dah.

    Jom exchange blog link, http://lynk.my/w1cm

    ReplyDelete
  3. sedapnya..hehe by the way, jaga diri yer bonde =)

    ReplyDelete
  4. Haipp haippp... nape makan sengsorang.. Lea nak jugak.. Hahaha.. Sedap ke bonde..?? viral betul biskut ni yek...

    ReplyDelete
  5. famous betul biskut ni.. tapi ain belum pernah cuba..
    errmmm.. lepas ni kena cari lah..! hehehehee.. :)

    ...

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN