BondeZaidalifahDotCom: 78 KATA-KATA #1 : #nobodyperfect.

78 KATA-KATA #1 : #nobodyperfect.

4:01 pm

Assalamuailaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua,

Semalam kalau ada sesiapa terbaca status di FB Bonde, Alhamdulillah Bonde dapat idea nak update status dekat FB sekali update Blog.

Bukan apa, 
Bukan senang...nak cari idea nak update blog jadi macam-macam cara boleh buat, tahun ini Bonde terpanggil untuk update status FB dan kongsikan comment kawan-kawan di Blog. (hanya yang terpilih sahaja)

Idea ini tercipta secara tak sengaja.

#78kata-kata 


Kenapa 78? Bonde pilih nombor 78 kerana tahun lahir Bonde... :)

#1 : #nobodyperfect #tiadasiapayangsempurna


Tiada siapa yang sempurna.

Dalam perkara ini, seharusnya setiap individu hendaklah mencermin diri sendiri.   Kenapa kena cerimin diri sendiri? kerana dalam cermin tersebut anda akan nampak wajah anda sendiri, anda sendiri tahu apa kelebihan dan apa kekurangan anda.

Jika anda lihat diri anda... cantik (perempuan) atau kacak (lelaki) tak perlu hendak bangga diri.  Harus bersyukur apa  yang anda miliki, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya.

Dalam perhatian Bonde dialam yang nyata ini,  ada setengah-tengah manusia ini, suka membangga diri.  Ada kalanya mereka tak seperti tidak sedar siapakah mereka? apa peranan mereka sebagai insan didunia ini.

Pada pendapat Bonde,
Insan yang sebegini... tiada keseronokkan dalam hidupnya.  Kerana diri mereka tidak mencerminkan dirinya sendiri.

Nampak Plastik sangat.... Bonde tidak pandai untuk bersuara tentang diri mereka.... apa yang Bonde nampak, hanyalah terungkap pada nukilan rasa Bonde sendiri.

Nak tegur memang tidaklah... nanti akan menimbulkan syak dan curiga pula..



Apa yang sepatutnya??

Perlu diingat, Hanya Allah yang sempurna di dunia ini.

Bonde bukan ustazah...

================================================

Comment pilihan pada status FB:

Ramai faham istilah #nobodyperfect, tapi ramai lagi yang selalu anggap dirinya #alwaysperfect tak boleh ditegur dan diusik, sekian.

Najeb Abdullah

Betul tu Bonda.. setuju.. xde siapa pon perfect kat mukabumi ni... tp ada juga yang perasan perfect.

Yoorin Noorazian

#nobodyperfect#semuainsanbuatsilap

Jamil Hashim


#nobodyperfect. Sha setuju

Nurul Shahira II 


 Next #2 : #openminded....

Boleh tinggal comment di status FB Bonde yea... tq


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

  1. Setuju. Setiap orang mesti ada silap dan salahnya. Tapi walaupun tak perfect, tapi kita kena perbaiki juga kekurangan kita dengan menjadikan kesilapan kita sebagai pengajaran.

    Jom masuk bloglist saya, http://lynk.my/w1cm

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN