BondeZaidalifahDotCom: ACARA SUKANEKA FAMILY KBBA9 MENGEGARKAN DE RHU BEACH RESORT

ACARA SUKANEKA FAMILY KBBA9 MENGEGARKAN DE RHU BEACH RESORT

8:37 pm


Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Entri ini adalah sambungan dari Entri Family Day KBBA9 semalam.  Kalau anda ada yang ketinggalan entri tu... nak repeat baca klik saja sini.

Pagi itu seawal 7.30 pagi kami satu family telah bersiap untuk turun ke Dewan makan, Dewan yang sama kami makan malam malam tadi iaitu Dewan Bunga Raya.

Tak sabar pagi ni nak memperagakan Tshirt 'Family Day' yang kami dapat malam tadi, sedondon gitu...

T-shirt 'Family Day' kami yang smart dan cantik telah diprint oleh AJcetak. Memang puas hati dan kain berkualiti.. tak panas dan serap peluh!

KLIK : AJcetak Ent untuk info.




SARAPAN DEWAN BUNGA RAYA JAM 8.00 PAGI

Setelah siap kami punturun ke Dewan untuk bersarapan... Sarapan pagi ini ialah nasi lemak... terima kasih De Rhu Beach Resort menyediakan sarapan pagi ini... barulah bertenaga nak bersukan lepas ni...

Bismillahirahmanirahim...




ACARA SUKANEKA 9.00 PAGI

Dekat De Rhu Beach Resort ni.. Memang ada disediakan tempat/padang urntuk acara sukaneka dan ianta lengkap dengan peralatan dan crew sekali. Sebab tu Bonde suka  kemudahan yang disediakan di De Rhu Beach Resort ni semua ada tak payah pening kepala nak bawak peralatan bagai.. (semua ada dalam pakej cuma tinggal pilih sahaja)

ACARA KANAK-KANAK :

-Cari Gula-gula

-Musical Chair

-Cari Guli

-Bawa bola ping-pong dalam sudu

image



ACARA DEWASA :

-Bowling Kelapa

-Kukur Kelapa

-Dadu Gergasi

-Kelereng

-Terompah Gergasi










 SESI BERGAMBAR FAMILY DAYS KBBA9:



  SESI BERGAMBAR BLOGGER KBBA9:



 SESI BERGAMBAR FAMILY BONDE:






Selepas sesi bergambar aktiviti seterusnya mandi kolam dan lebih kurang jam 12.00 tengahari semua blogger dan family bersiap-siap untuk makan tengahari dan bergerak pulang ke destinasi masing-masing.

Tahniah dan Syabas kepada semua yang terlibat menjayakan Family Days KBBA9 kali ini, memang meriah dan seronok sekali,  terima kasih KBBA9 memberi peluang Bonde dan Family turut serta kenangan terindah yang sukar dilupakan...

Lepas ni.... nak datang lagi De Rhu Beach Resort!

Info lanjut:



Instagram : De Rhu Beach Resort


LKPP De Rhu Beach Resort
152, Sungai Karang, Beserah
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Tel: +609 5579 000/
Fax: +609 5579 002
e-Mail: drbr@derhu.com.my



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

  1. Sukaneka best! Meriah masing masing dah mcm bdk bdk je hehehe

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN