BondeZaidalifahDotCom: TAKKAN KU LEPASKAN DIA KARYA ELEE MARDIANA

TAKKAN KU LEPASKAN DIA KARYA ELEE MARDIANA

8:30 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

TAKKAN KU LEPASKAN DIA

Novel terbaharu Elee Mardiana... 

TAKKAN KU LEPASKAN DIA

SAM masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah Uja. Semasa itulah Ati, yang datang dengan tangan bergari dan dikawal oleh dua orang anggota polis wanita, menjerit memanggil nama Uja dan meminta ampun atas kesalahannya. Adik-adik Ati menenangkan kakak mereka dengan berkata, Uja dengar rayuan Ati itu dan Uja sudah memaafkan Ati. Uja tahu Ati sayangkannya dan Uja tidak pernah menyalahkan Ati. Semua yang terjadi adalah takdir Allah. 

‘Mangkuk la korang ni... mana korang tahu apa yang anak aku kata?’ sumpah hati Sam yang sudah mula hendak marah. 

Suara Ati dan adik-adiknya sahaja yang kedengaran di tanah perkuburan itu, menangis dan berkata entah apa-apa seperti orang yang tiada iman. Tingkah laku mereka yang tidak menghormati majlis itu, sangat menghairankan tetamu yang hadir. 

Sam pekakkan telinganya. Niatnya satu sahaja, dia mahu semadikan anaknya dengan sempurna. Kalau dia biarkan suara mereka menerjah gegendang telinganya, dia bimbang dia akan hilang sabar. Silap hari bulan, Ati dan adik-adiknya yang ditanamnya hidup-hidup di dalam liang lahad itu. Bukannya Uja.


Ekstrak:

Benar! Di hadapan Ati dan Uja tadi Sam tegaskan bahawa dia tetap akan menikahi Erin. Sam nekad. Dia tidak takut pada ugutan Ati kerana dia tahu Ati lebih takut padanya. Lebih tepat lagi, Ati takut pada kemahiran yang Sam miliki. Komandolah katakan... . Namun, hati Sam kini berbelah bahagi. Dia telah melafazkan janji pada Uja. Dan prinsip yang dipegang teguh sejak sekian lama memaksanya agar tidak memungkiri janji pada anaknya itu, walaupun dia tahu bukan Uja yang tidak membenarkannya menikahi Erin.

“Erin... macam mana abang nak cakap, sayang?”

“Cakap je, abang.” Hati Erin berdetik risau. 

“Nantilah... lusa abang cerita, boleh?”

“Boleh.” Alhamdulillah... ucap hati Erin. Sam jadi juga datang lusa, bermakna masalah yang Sam hadapi itu tidak ada kena-mengena dengan mereka atau bekas isterinya. Mungkin masalah kerja. “Mak pesan jangan lupa bawak Uja.”

“Insya-Allah. Nanti kita tinggalkan Uja dengan mak. Kita pergi jalan-jalan ambik angin kat Padang Kota.”

“Boleh jugak. Dah lama tak makan pasembor.”
“Cuba sebut lagi sekali.”

“Pasembor,” ulang Erin, polos. 

“Apa yang tersembur?” Sam ketawa. Nakal. 

“Abang ni... otak kuning betullah!” Erin mengerlingkan matanya ke atas. Mujurlah telefon rumah emak ayahnya itu sudah dibawa masuk ke dalam bilik yang ditumpanginya. Kalau tidak, tidak tahulah dia di mana hendak disorokkan muka jika emak dan ayahnya dengar dia bersembang begitu dengan Sam. 
“Eh? Mana ada? Abang tanya je apa yang tersembur. Kat mana kuningnya?” Sam gelak lagi. 

“Malaslah cakap dengan abang. Asyik cakap kotor je.”

“Lailahillallah... mana ada abang cakap kotor? Abang cakap tersembur. Kotor ke perkataan tu? Kalau kotor, macam mana kementerian boleh benarkan sekolah gunakan perkataan tu dalam silibus? Bahaya ni...”

“Saya cakap pasembor! Bukan tersembur. Apa daaa...”

“Ooo... pasembor. Abang dengar tersembur.” Sam ketawa lagi. Sengaja mengusik. 

“Tak jadi la makan pasembor. Nanti ada orang buat lawak pulak masa kita tengah makan. Tak fasal-fasal je tersembur habis pasembor yang kita makan tu.”

Langsung terburai tawa Sam. Erin turut ketawa. Senang hatinya mendengar Sam mengekeh. Moga apa sahaja yang membebankan hati dan perasaan Sam malam itu dapat dikurangkan selepas bercakap dengannya. 

“Hmmm?”

“Abang rindu.”

“Sama.”

“Sungguh ke?”

“Sungguh. Pelik, kan? Memanglah kita dah kenal lama tapi kita baru je berjumpa face to face,” kata Erin, mengenang kembali saat kali pertama mereka bertentang empat mata. “Abang tau tak?”
“Tak tau.”

“Ngengadalah abang ni... saya belum habis cakap lagi,” dengus Erin. Sam di hujung sana ketawa semula. “Saya baru je terfikir, apa jadi kalau abang tak berkenan kat saya masa kita jumpa untuk kali pertama hari tu.”

“Tak mungkin terjadi!”

“Eh, mana abang tahu? Kat FB muka saya nampak lain. Bila jumpa, tengok-tengok tak sama macam dalam gambar kat FB. Terus hilang selera. Tambah hari tu muka saya bengkak-bengkak. Dengan bibir koyaknya...”

“Sayang berselera tak tengok abang?”

Terdiam Erin dibuatnya, memikirkan ayat yang sesuai untuk menjawab soalan Sam itu. Salah jawab, mesti jadi macam pasembor tadi. 
“Sayang?”

“Ya?”

“Sayang berselera tak tengok abang?”

“Abang fikir?” Erin sengaja menjawab dengan soalan juga. Takut sangat dia tersalah cakap. Mesti kena gelak dengan Sam lagi. 

“Abang tanya sayang.”

“Saya tanya abang balik.”

“Berselera.”

“Hah... itulah jawapannya,” akui Erin, lega kerana dia tidak perlu memberikan jawapan yang Sam minta. 

“Kat mana yang sayang selera?”

Ah, sudah... . Inilah masalahnya bila bercakap dengan lelaki terlebih matang ini. “Abang... toksahlah tanya soalan mengarut macam tu...” 

“Mana mengarutnya?”

“Kalau orang lain yang tanya saya soalan tu, dah lama saya maki dia, abang tau dak?”

“Cuba maki, abang nak tengok.”

“Eee... ngengada betullah dia malam ni.”

“Abang nak manja-manja dengan sayang je. Tak boleh ke?”

TAKKAN KU LEPASKAN DIA

Jika berminat nak dapatkan Novel Takkan Ku Lepaskan Dia

Harga : RM37 SM / RM41 SS /
Termasuk pos.

Free : fridge magnet.


IG : www.instagram.com/EleeMardiana_

Boleh whatsapp : 0108033151

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

2 TEGURAN MEMBINA

  1. Menariknya...suka gaya penulisannya

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru kak


    jemput jenguk sini dan komen . tq :D http://www.yayacendana.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-3.html

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN