LAGU IRAMA MALAYSIA WANGIKANLAH HATIMU BAKAL MENGEGARKAN KONSERT GRAND FINAL 3 JUARA AHAD INI!



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai Reader Semua....

Wangikanlah Hatimu, adalah single terbaru terbitan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd yang akan dilancarkan serentak di sosial media pada hari dan masa yang sama juga. Lagu ciptaan Amir Jahari dan AGCoco

WANGIKANLAH HATIMU NORANIZA IDRIS DAN TYKA

 COVER ALBUM WANGIKANLAH HATIMU


Lirik oleh Ahmad Fedtri Yahaya. Konsep duo dengan genre pop tradisional dan etnik yang menggabungkan eleman nyanyian Dikir Barat, Siam dan Sunda. Single irama Malaysia ini adalah sebuah penerbitan pertama bagi tahun 2017. Edaran Luncai Emas Sdn Bhd.

WANGIKANLAH HATIMU NORANIZA IDRIS DAN TYKA
[KLIK BANNER UNTUK LIRIK LAGU]

WANGIKANLAH HATIMU NORANIZA IDRIS DAN TYKA


BIODATA : NORANIZA IDRIS


1) 32 tahun dalam industri muzik Malaysia, bermula 1985 hingga kini

2) Wanita pertama pengasas konsep Pop Tradisional di Malaysia semenjak 1996 hingga kini diiktiraf oleh Majlis Wanita Johor pada 2001

3) Duta kecil berbangsa Melayu yang mengangkat budaya masyarakat orang asli Negeri Pahang ke pentas Anugerah Industri Muzik Malaysia dan dikurniakan pingat Ahli Mahkota Pahang pada 2011 oleh kerajaan Negeri Pahang.

4) Tokoh budaya dan penggerak program pembangunan belia menerusi budaya semenjak 2004 hingga kini.

5) Pengasas modul pembelajaran seni budaya dan akhlak suntikan modal insan melalui pendekatan akademi, sahsiah dan kokurikulum kepada 19000 peserta bersijil dengan kerjasama Kementerian sepanjang 2014 dan 2015 menerusi 12 lokasi seluruh Malaysia selama 2 tahun dalam program Akar Kita Zapin. 



WANGIKANLAH HATIMU NORANIZA IDRIS DAN TYKA


BIODATA : TYKA (3 JUARA)


1) 17 tahun dalam bidang nyanyian dan bermula usia 5 tahun menyanyi di pentas dengan irama-irama ghazal dan asli



2) Artis bimbingan program realiti televisyen di antaranya - Seiras Seirama 2015 (final mewakili Misha Omar terbitan Astro), Bintang Klasik Kasih 2015 (Naib juara terbitan RTM), 3 Juara 2016 (Terbitan TV3)


3) Minat dan kreatif menggubah lagu sedia ada kepada cara tersendiri


4) Suka membuat kajian tentang seni budaya kaum etnik selain Melayu untuk penghayatan dalam nyanyian dan boleh menyanyi lagu genre balad dan R&B dengan baik


5) Mudah mesra dengan golongan masyarakat tanpa mengira batas usia


PENTAS EPIK 3 JUARA


Jom follow Bonde kita sama-sama tengok persembahan 'live' dari mereka Ahad 15 Januari 2017 jam 9 malam di Pentas 2,Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan bagi yang nak tengok dirumah saksikan siaran langsung Program 3 Juara, di TV3. 



WANGIKANLAH HATIMU NORANIZA IDRIS DAN TYKA



WANGIKANLAH HATIMU NORANIZA IDRIS DAN TYKA

Kalau anda rasa nak dengar dan mengahayati lirik lagu diatas, dibawah adalah link Treaser lagu ni :


Untuk info lanjut :



Instagram :@Noraniza_Idris

Laman web : Akar Zapin Kita


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. kebanyakkan lagu-lagunya best .. ada manfaat jugak suka dengar ♥

    BalasPadam
  2. Saya pun ikut jugak 3 Juara nie ... Kadang2 terlepas jugak...

    BalasPadam
  3. tak pernah tgk 3 juara ni, nanti boleh tonton konsert akhir!

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.