BondeZaidalifahDotCom: KENAPA PERLU MINUM TEA HIJAU?

KENAPA PERLU MINUM TEA HIJAU?

9:48 am

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Bersiaran kita sekali lagi hari ni,

Anda sudah bersarapan pagi nih?

Memandangkan Bonde diarahkan oleh Doktor supaya menurunkan berat badan jadi inilah jalan yang Bonde ambil bagi.. menurunkan berat badan Bonde, kene amalkan Minum Tea Hijau Setiap Hari....

green tea

Bonde memilih Tea Hijau jenama Lipton :)

KENAPA PERLU MINUM TEA HIJAU?


Bila Bonde terlebih makan barulah Bonde perlu minum teh hijau kerana teringat akan khasiatnya yang mampu membakar kalori. Ini kerana setiap satu satu cawan teh hijau lebih kurang 150 ml, boleh membakar 25-30 kalori, dan setiap 250 ml minuman ini mampu meluruhkan 40 kalori. (baca dekat majalah nona).

Teh hijau mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan khasiatnya tidak sekadar menyihatkan tubuh, kulit dan rambut malah berupaya menghalang pertumbuhan sel kanser. (ini yang perlu dijauhkan ditakuti) 

Bonde difahamkan sekiranya Bonde mengamalkan minum teh hijau, enam perkara berikut juga mampu memberi perubahan pada badan Bonde.

6 KELEBIHAN MENGAMALKAN MINUM TEA HIJAU


1. LEBIH BERTENAGA


Teh hijau memiliki kafein yang membakar lebihan kalori sekaligus memberi tambahan tenaga.  

2. LEBIH RELAX


Selain antioksidan, teh hijau mengandungi Theanine yang membantu mengurangkan perasaan stres dan cemas. Malah amalan minum teh hijau setiap hari akan membantu anda untuk berasa lebih relaks dan tenang. (nanti tak pasal kene darah tinggi... ok tenang... )

3. MEMORI LEBIH TAJAM


Memandangkan umur dah semakin meningkat (ecehhh)...Dalam jangka pendek, satu atau dua cawan teh hijau sehari dikatakan meningkatkan perhubungan sel-sel otak yang berkait dengan memori.


4. MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN


Minum teh hijau sebelum bersenam bukan saja memberi tambahan tenaga tapi juga meningkatkan  metabolisme tubuh. (yeaaaay ini yang Bonde inginkan)


5. JARANG SAKIT


Setiap cawan teh hijau mengandungi antioksidan yang fungsinya meningkatkan sistem imuninasasi. Jika ditambah dengan perahan lemon pula ia membolehkan khasiat ini diserap lebih baik oleh tubuh.  (sedapnyaa....yeaaaay ini yang Bonde inginkan)


6. KULIT MAKIN MULUS


Minum teh hijau melindungi kulit dari radikal bebas dan mengurangkan kerosakan kulit akibat sinar matahari. Sementara daun teh hijau juga berguna untuk meredakan jerawat yang timbul pada wajah. (yeaaaay ini kene pastikan jerawat sifar)

Melihat akan senarai manfaat teh hijau, ada baiknya kita mulakan rutin minum teh ini secepatnya.

Jom pekene secawan... tea hijau.

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

  1. tak pernah cuba teh hijau...selalu teh boh jer...

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN