BondeZaidalifahDotCom: ASAM REBUS IKAN KERISI YANG MENYIURKAN...

ASAM REBUS IKAN KERISI YANG MENYIURKAN...

7:13 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Teringat menu bekalan Bonde untuk lunch hari ni, Memandangkan Doktor kata Bonde tak boleh makan makanan yang bergoreng dan banyak minyak,  Bonde akur dengan arahan Doktor.

Bila turun cafe walaupun ada banyak menu masakan, semuanya Bonde tengok banyak menggunakan minyak hadoiii, macam mana nak makan...

Jadi untuk itu.. mulai hari ini Bonde merajinkan diri bawa bekal ke Pejabat.

Bonde pula tak pandai makan lauk yang pelbagai.. kadang-kadang lauk walau 1 jenis dah cukup sedap bagi Bonde.

ASAM REBUS IKAN KERISI YANG MENYIURKAN...



Menu Simple jer.... tapi dia punya sedap hanya Bonde yang tahu hi hi hi...

RESEPI ASAM REBUS IKANc KERISI MENYIURKAN

BAHAN-BAHAN

1 ekor - Ikan Kesisi ( potong 4 bahagian)
1 helai - Daun kunyit (dihiris)
1 batang - Serai (diketuk)
1 biji - bawang merah (dihiris)
5 biji - bawang putih (dihiris)
4 biji - cili api pedas (dihiris)
1 sudu besar - serbuk cili
1 sudu kecil - serbuk kunyit
1 Keping - asam gelugur
air -secukupnya
garam - secukupnya
serbuk sukup rasa maggi - secukupnya

CARA MEMASAK :

Didihkan air dalam periuk, masukan serai,cili api, bawang putih dan merah yang telah dihiris, bila dah mendidih kali kedua masukan serbuk cili dan kunyit, kalau tak nak ia bergentil sila bancuh terlebih dahulu dalam piring kecil dan tuang kedalam periuk, masukkan ikan, daun kunyit dan asam gelugur, selepas itu masukkan garam dan sebuk cukup rasa maggi.  Kacau sedikit-sedikit dan matikan api. sedia untu dimakan.



Tadaaaaaa..... dah siap untuk dimakan.. menyiurkan tak?


Untuk rasa yang lebih sedap bila makan, pasti tak toleh kiri dan kanan bila makan, makanlah semasa nasi panas... jangan lupa baca doa makan... makan dengan penuh rasa menyukuri nikmat dan rezeki pasti kenyang sentiasa.

seperti pepatah melayu berbunyi... kalau makan tu.. nampak orang kiri kanan... 


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN