BondeZaidalifahDotCom: TONTON FULL EPISOD MR DONAT KARAMEL

TONTON FULL EPISOD MR DONAT KARAMEL

5:17 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai Reader semua... Jumpa lagi petang ni! Makin lama, makin mencuit hati drama ni... Benci tapi Sayang... Macam mana tu...

Cute dan sweet sangat lakonan mereka berdua ni... marah-marah sayang gitu...

Adaptasi novel Mr Donat Karamel karya Hanny Esandra yang akan mengisi slot Lestary TV3. Diterajui oleh Hafidz Roshdi dan Azira Shafinaz sebagai pelakon utama. 

Drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd arahan sutradara Azman Yahya dan skrip oleh Rehal Nuharis

Drama bersiri 13 episod itu bersiaran mulai 2 November 2016.

Setiap hari Rabu hingga Jumaat.

Jam 9.00 malam di TV3. 


TONTON FULL EPISOD MR DONAT KARAMEL

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] 

[11] [12] [13] Sweet Ending ❤❤❤❤


Hafidz Roshdi sebagai Faiq Faiqal ❤ Azira Shafinaz sebagai Anggun Qairah

JUDUL : MR. DONAT KARAMEL


EPISOD : 13 Episod
TARIKH TAYANGAN : 2 November 2016
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS : Hanny Esandra
SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Idris Khan, Fimie Don, Syazuwan Hassan DFKL, Roy Azman, Noniswara, Mona Allen, Sheila Rusly, Shamsul Ghau Ghau, Maria Jaafar, Sophia Liana



WATAK PELAKON

Hafidz Roshdi sebagai Faiq Faiqal
Azira Shafinaz sebagai Anggun Qairah
Idris Khan sebagai Zharif
Fimie Don sebagai Kamil
Syazuwan Hassan DFKL sebagai Redwan
Roy Azman sebagai Dato Azman
Noniswara sebagai Datin Azie


SINOPSIS MR DONAT KARAMEL


Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.

Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya.

Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.

Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka.

Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan.

Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN