BondeZaidalifahDotCom: PENGGUNAAN ISTILAH BARU DAN PEMBETULAN KESALAHAN EJAAN

PENGGUNAAN ISTILAH BARU DAN PEMBETULAN KESALAHAN EJAAN

12:41 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai Reader Semua,

Bila Bonde baca perkataan-perkataan baru ini... Ada rasa kelakar bila menyebutnya , tapi sebenarnya apa yang kelakar itulah sebenarnya yang betul.

Pada Ibu-Bapa yang membaca entri ini, jangan lupa kongsikan kepada anak anda kerana dikuatiri penggunaan bahasa dan ejaan yang salah akan menyebab markah perperiksaan anak anda jadi kurang.  Kepada Abang dan Kakak juga jangan lupa kongsikan kepada adik-adik anda. 

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu gunakan selama ini.

Lepas ni tak kene biasakan guna ayat yang betul dan betulkan yang biasa.


Swafoto - gambar kendiri, 

berswafoto - mengambil gambar kendiri, 

menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri. 



Jom kita gunakan bahasa Melayu dgn betul. Indahnya bahasa kita.


Suri Teladan – Role Model

Jerayawara – Road Show

Latar Pentas – Back Drop

Gegantung – Bunting

Imej Tumpu – Highlight

Parkir – Parking

Pascanilai – Postmortem

Swafoto – Selfie

Kira detik – Count Down

Bilik acu – Fitting Room

Ujana teh – Garden tea

Persantaian -Resort

EJAAN YANG MENGELIRUKAN:


Banyak calon peperiksaan dan orang ramai yang masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian. 

Sesungguhnya, 
kekeliruan ini dikatakan berlaku apabila mereka mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada pihak media massa dan guru subjek. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.

Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:



1. resepi ❌ resipi ✔

2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔

3. istirehat ❌ istirahat ✔

4. kadang-kala ❌ kadangkala ✔

5. sambilewa ❌ sambalewa ✔

6. dasyat ❌ dahsyat ✔ 

7. insuran ❌ insurans ✔

8. ambulan ❌ ambulans ✔

9. juwita ❌ juita ✔

10. unggu ❌ ungu ✔

11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔

12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔

13. gambarajah ❌ gambar rajah ✔

14. redha ❌ reda ✔

15. kerinting ❌ keriting ✔

16. bergu ❌ beregu ✔

17. kontingen ❌ kontinjen ✔

18. mengenengahkan ❌ mengetengahkan ✔

19. mengenepikan ❌ mengetepikan ✔

20. mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔ 

21. mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan ✔

22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔

23. majerin❌ marjerin ✔

24. rempah ratus❌ rempah-ratus ✔

25. alat siaraya ❌ alat siar raya ✔

26. margasatwa ❌ mergastua ✔

27. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔

28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔

29. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔

30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔

31. mee ❌ mi ✔

32. kuey teow ❌ kuetiau ✔

33. respon ❌ respons ✔

34. sunnah ❌ sunah ✔

35. ramadhan ❌ ramadan ✔

36. leukimia ❌ leukemia ✔

37. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan & meng-e-melkan

38. katrij ❌ kartrij ✔

39. cop nama ❌ cap nama ✔

40. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔

41. alergik ❌ alergi ✔

42. ansurans ❌ ansuran ✔

43. urusetia❌ urus setia ✔

44. keretapi ❌ kereta api ✔

45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔

46. naskah ❌ naskhah ✔

47. atlit ❌ atlet ✔

48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara ✔

49. urusetia ❌ urus setia ✔

50. fax ❌ faks/faksimile ✔

51. was-was ❌ waswas ✔

52. stokin ❌ stoking ✔

53. karenah❌ kerenah ✔

54. kemaskini ❌ kemas kini ✔

55. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔

56. pra sekolah ❌ prasekolah ✔

57. temu janji ❌ janji temu ✔

57. menghadkan ❌ mengehadkan ✔

58. hajjah ❌ hajah ✔

59. agen ❌ ejen ✔

60. Akhir kata, pembaca sudah pasti akan berasa pelik akan perkataan yang telah disenaraikan seperti di atas. Namun, perkataan yang kita berasa pelik itulah sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. Jadi, betulkan yang salah dan biasakan yang betul.

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

  1. sangat menarik. unik betul penggunaan istilah baru tu. patut la lately banyak yg guna word 'swafoto' hahahhaa :D

    kekadang banyak jugak salah ejaan istilah biasa tu. kena selalu rujuk balik kamus dewan bahasa lepas nie. :)

    ReplyDelete
  2. Ada perkataan yg dh biasa kita guna kan.. so, kena biasa kan lah ni guna yg betul ni.

    Tq for sharing bonde...

    ReplyDelete
  3. Wah, banyak kesilapan ejaan yg saya buat selama ni. Terima Kasih di atas info yang sangat bermanfaat.

    Jemput baca blog saya Penawar Asma Pada Bayi

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN