ICE CREAM STRAWBERRY TERBAIK DI CAMERON HIGHLAND



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...


Hai Reader semua,

Kalau ke Cameron Highland tak sah kalau tak singgah ke Healty Strawberry Parm.


Healthy Strawberry Farm merupakan salah satu ladang strawberry yang popular untuk dilawati di Cameron Highlands. 

Anda akan rasa teruja dan seronok bila anda masuk ke Ladang Strawberry. Ia bukan sahaja ladang Strawberry biasa, anda akan diberi peluang untuk melihat Strawberry pada jarak dekat dan berpeluang memilih dan memetik Strawberry sendiri . Dengan memetik buah Strawberry sendiri, dapatlah memilih Strawberry yang lebih besar dan manis. 

Selain itu, anda juga akan dapat menimba pengalaman baru memetik sendiri strawberry. 

Selain itu, 
Di Healthy Strawberry Farm juga terdapat banyak kaktus, bunga, sayur-sayuran dan herba organik.

MAKAN ICE CREAM STRAWBERRY


Ice Cream Strawberry



Strawberry Coklat 



Waffle Ice Cream Strawberry








Ice Cream Malaysia


Paling best dapat makan Ice Cream Strawberry yang ni ... kaw rasa Strawberrynya... umppphhh.

Berselelahan dengan port makan-makan hasil dari Strawberry tu... ada kebun bunga, Kaktus , sayur-sayuran dan Herba-herba organik jadi tak sah kalau tak singgah pose dengan bunga-bunga yang ada...



Bunga Rose Putih




Bunga Rose Merah




Bunga Rose Pink















Bersama Bunga Rosel





Bunga Kekwa Kuning



Bunga Kekwa Merah



Berkenalan dengan Buah Tin

Selalunya Bonde makan buah Tin yang telah dikeringkan, kali ni Bonde dapat melihat dari dekat buah Tin depan mata.

Ada banyak pokok buah Tin dijual disini... Katanya pokok buah Tin ini mempunyai macam-macam khasiat ubat-ubatan.

Nanti Bonde sharenya khasiat buah Tin di lain Entri.












Periuk Kera






Sebenarnya Bonde salah seorang peminat bunga Kaktus... memang lama kalau tengok macam-macam spesis Kaktus yang ada dekat Cameron Highland ni.. rasa memang nak beli sahaja.  Tapi bila pikirkan penjagaannya nanti, terpaksa batalkan hajat membeli.





Setelah penat berjalan dalam kebun... Kami pon nak beredar ke tempat lain, Namun begitu masih ramai lagi yang beratur nak beli Ice Cream.. Tak putus-putus pelanggan datang...





Berdekatan Healty Strawberry Faram adalah Rumah Peranginan Persekutuan Camron Highlands

PETA KE HEALTHY STRAWBERI FARM

Alamat :

Healthy Strawberry Farm

Jalan Rumah Persekutuan, Tanah Rata,
39100 Cameron Highlands

Tel: +605-491 1724



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

















Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. seronoknya pergi cameroon highland..dah lama tak pergi.

    BalasPadam
  2. dah lama tak ke cameron. nak pi sana

    BalasPadam
  3. Wahh bonde jalan jalan Cameron, syoknyaa :D

    BalasPadam
  4. Memang sedap ice cream strawberry, rugi kalau singgah Cameron Highland tak pergi makan.. ;)

    BalasPadam
  5. wah, enjoy sakan kat kat sana ya. hehe.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.