SINOPSIS AWAK SANGAT NAKAL



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai... Info untuk peminat Drama Adapatasi Novel, kisah Ejaz dengan Warda dah tamat tau kalau rindu nak repeat pergi terjah link dekat sini, Kali ni kita layan kisah Erine Johanna dan Johan Rizqin dalam drama terbaharu, terbitan Oktober iaitu: 

AWAK SANGAT NAKAL

AWAK SANGAT NAKAL

SINOPSIS AWAK SANGAT NAKAL


Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh.

Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

AWAK SANGAT NAKAL VERSI DRAMA 


AWAK SANGAT NAKAL


EPISOD : 16 episod

TARIKH / MASA : 7 November 2016

SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123

NOVELIS : Syamnuriezmil

PENGARAH : Azmi Hatta 

TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd

PELAKON : 

Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad, Ika Nabella, Tash Yong, Fadilah Mansor, Hefny Sahad, Farouk Hussain



WATAK PELAKON :

Ayda Jebat sebagai Erine Johanna

Sharnaaz Ahmad sebagai Johan Rizqin


Ika Nabella sebagai Ain Humaira


Fadilah Mansor sebagai Mak Munah


Selamat Menonton.

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan