BondeZaidalifahDotCom: SESI MEMANJAKAN DIRI BERSAMA NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK

SESI MEMANJAKAN DIRI BERSAMA NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK

10:22 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua, jumpa lagi kita bersiaran di dunia maya, malam rabu begini jadikan mood anda tenang, macam mana nak tenangkan diri anda.... kuasa wangian juga dapat memberi ketenangan kalau nak tahu, Bonde nak cerita part wangi-wangi sahaja iaitu sewangi Nivea Skin Delight.

Sebelum ni, Bonde kan suka pergi Pulau, Untuk akvititi pulau, Bonde suka dan memang guna produk Sunblok jenama Nivea yang buat kulit tak nampak sunburn kalau pergi berjemur kat pulau biasakan panas.. Bonde akan pakai produk Nivea iaitu Sun Moisturising Sun Spray dan Nivea Sunscreen Lation. (gerenti kulit tak terbakar tau)

NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK

Baru-baru ini Bonde telah menerima 2 produk Nivea yang baharu iaitu :




NIVEA Skin Delight Body Milk, sebuah produk berinovasi terbaru keluaran NIVEA, memastikan anda menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan “mood” anda semasa berada di kamar mandi. (wow hebatkan!)

Seindah namanya, NIVEA SKIN DELIGHT direka dengan satu tujuan utama – memberilkan kenikmatan buat deria anda dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuat anda berasa istimewa semasa anda memanjakan diri. sesekali kene manjakan diri, maklumlah sentiasa bekerja badan pon kene rehat sesekali, dengan bau lotion yang wangi automatik minda jadi tenang dan dalam masa yang sama dapat rehat juga.



NIVEA SKIN DELIGHT Ianya sebagai rawatan terulung bagi kulit yang kering, minyak badan berfungsi sebagai pembekal keanjalan dan seri kepada permukaan kulit anda bermula dari dalam. 

Kulit akan menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung dalam minyak tanpa berasa melekit, kerana NIVEA Skin Delight mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak badan dalam bentuk “body milk” yang mudah untuk disapukan. 

Seperti minyak badan, susu juga diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit. 

Dahulu kala, kebanyakan wanita sering menggunakan susu segar sebagai bahan mandian selain air bagi mengekalkan kecerahan kulit mereka. 


Ini kerana kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan halus untuk tumbuh. Susu ini juga mengalir lembut di atas kulit apabila ia dioleskan lantas menjadikan kulit anda lembut dan berseri-seri.

Bagi memberi ketenangan kepada jiwa dan minda setelah seharian bekerja,  “body milk” ini turut diadun bersama haruman semerbak yang diekstrak dari bunga mawar dan juga lavender. 



Bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh samada secara sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk wangian mahupun manfaat rawatan. 




Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit.
Selain itu, lavender atau nama saintiifknya Lavandula Angustifolia juga mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi. Sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan di Asia, Terkenal dengan profil wangiannya, lavender telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit. 


Mahal tak Produk Nivea nih!!!

Harga pula memang sangat mampu milik! Nak tahu tak? NIVEA Skin Delight ada 2 saiz tau, yang kecik dan besar iaitu:


Untuk harga pengenalan RM11.90 (Harga biasa RM16.50) untuk saiz 250ml.

RM17.50 (Harga biasa RM21.90) untuk yang bersaiz 400ml.. 

Untuk keterangan dan info lanjut tentang NIVEA Skin Delight ni, boleh ke facebook : NIVEA atau klik link  https://www.facebook.com/mynivea 



\

Bonde pon keliru tak tahu nak guna yang mana satu sebabnya kedua-dua bauan Nivea Skin Delight ini memang harum semerbak baunya...

Nasihat Bonde, Sebelum tidur nanti jangan lupa sapu lotion Nivea tau! Anda pasti lena dibuai mimpi...



~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

  1. Alhamdulillah, dapat rezeki cuba produk baru ni. Kita orang perempuan memang elok jaga kecantikan. Untuk suami juga kan :)

    ReplyDelete
  2. rabia pun pakai nivea jugakk..yg nivea creme tu lg best..lembut je kulit

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN