BondeZaidalifahDotCom: SERONOKNYA BERBBQ DI IDAMAN VILLA @ MALACCA

SERONOKNYA BERBBQ DI IDAMAN VILLA @ MALACCA

6:23 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang.


Entri sebelum ni Bonde ada ceritakan tentang Idaman Villa @ Melacca dan entri kali ni Bonde nak ceritakan aktiviti kami pada malam tersebut.

Seperti yang telah dirancang, kami nak adakan aktiviti BBQ pada malam tersebut.

Lokasi Idaman Villa memang sesuai adakan BBQ kerana disebelah luar telah disediakan tempat untuk bara api memang sesuai sangatlah acara bakar-bakar ni buat kat tepi rumah conner lot ni tak menganggu jiran tertangga.

Jiran cuma dapat bau dan asap je he he he 

SERONOKNYA BERBBQ DI IDAMAN VILLA @ MALACCA



Persiapan untuk menu malam nanti, perancangan kami adalah seperti berikut :

-Nasi goreng

-Ayam BBQ Bakar

-Ayam BBQ Goreng

-Hot Dog bakar

-Daging Burger Goreng

-Coleslow

Acara masakan ini adalah secara bergotong-royong semua hebat-hebat belaka ala-ala master chef , jadi jomlah tunjuk bakat masing-masing. Jom rewang...

Acara BBQ akan bermula selepas solat magrib.




Ini adalah orang kuat untuk acara bakar-bakar.. kalau tak ada bara tu tak jadi ayam BBQ kan kan kan PCL & Ewan.

Abang Bomba I Love You jangan kacau diaorang nak hidupkan api... Kang tak masak ayam BBQ, tak merasalah ayam BBQ kang!


Semangat semua nak kipas bara api, tak apa bagi can mereka main kipas-kipas api diluar... 



Tadaaaa kerja-kerja memasak sebenarnya dah siap... tinggal potong buah aje. Buah apa? Buah tembikai... he he he




Makanan pon sebahagiannya sudah terhidang, tinggal tunggu BBQ masak sahaja.  Semua sabar menanti yea.



Tadaaaaaa..........  semuanya dah siap


Mari Bonde tunjukkan menu-menu masakan yang kami sediakan.


-Nasi goreng


-Coleslaw


-Daging Burger Goreng


-Ayam BBQ Bakar


-Hot Dog bakar


-Ayam BBQ Goreng


Sekian aktiviti BBQ kami di Idaman Villa.  Menu simple tapi tak tau kenapa rasa sangat seronok... rasa macam nak kene repeat lagi acara macam ni... Idaman Villa sesuai untuk buat aktiviti BBQ semua kelengkapan untuk memasak telah tersedia.

Sambil makan kita borak-borak yea.

Jumpa lagi...

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

4 TEGURAN MEMBINA

  1. Amboii syoknyaaaa. sempat tgok2 dkt ig mommy ira je hritu. hehe

    Singgah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu. ❤
    theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Semua berjalan lancar, alhamdulillah. Terbaik teamwork

    ReplyDelete
  3. Seronokk! Next time kena buat lagi. EH !

    ReplyDelete
  4. ni perjumpaan dengan blogger ye
    pernah attend sekali rumah PCL masa dia buat perjumpaan dulu
    seronok kan bila ada acara camni.
    anyway besar giler villa tu ye. best ni kalau p reramai

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN