BondeZaidalifahDotCom: MISTERI KEHILANGAN 3 UTAS JAM...

MISTERI KEHILANGAN 3 UTAS JAM...

12:18 pm

Assalamualaikum Dan Selamat pagi....

Hai reader semua,

Terima kasih singgah blog bonde, 

Demi masa, 

Sesungguhnya manusia dalam kerugian.  Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran serta kesabaran.

Pentingnya masa tu... 

Selalu Bonde yang mengejar masa, masa yang berlalu kini sangat pantas pergi meninggalkan , sentiasa rasa menyesal dan kerugian.



Memandangkan ahad lepas, cuaca mendung dan hujan dari pagi ke malam tidak henti-henti. 

Membuatkan Bonde tak keluar dari rumah,  dikesempatan itu Bonde ambil untuk mengemas store di rumah.  Masa yang sesuai mencari barang yang hilang...

Kerana sayang dan rasa kehilangan... nekad selongkar store, akhirnya apa yang Bonde cari jumpa.

Ya Allah Syukur sangat, Alhamdullillah... dah jumpa jam Bonde yang hilang hari tu...

3 utas jam Bonde yang hilang tu.... berada dalam beg dan bekas yang berlainan.  (Biasalah bila kemas main masukkan saja) selalunya hilang sebab salah letak dan tak ada tempat yang khas main sepah-sepah.

Inilah dia jam yang hilang


Cerita disebalik jam yang hilang.

1) Jam Brand Delvina

Jam ni Kanda hadiahkan masa Birthday Bonde, jam ni Bonde sayang.

Keadaan jam semasa dijumpai :
Jam tak hidup sebab bateri dah habis, nanti nak ganti bateri bagi jalan balik.

2) Jam Brand Swatch

Jam ni Kanda yang hadiahkan sempena  anniversary yang ke 7, yang ni Bonde sayang sangat, masa Kanda belikan Bonde, harga dia dalam RM 250+ sahaja. Yang Bonde tak sangka hari tu, Bonde ke Swatch IOI City Mall harga jam ni dah naik menjadi RM 390.00 macam tak percaya sahaja, model yang sama harga dah naik dekat RM 400.0.  (Bagi Bonde memang frust giler masa jam tu hilang Kalau nak beli dah mahal. Nages tepi bucu katil)

Keadaan jam semasa dijumpai seperti berikut :
Bateri dah habis perlu diganti,  Tali jam pula ada aksesori yang dah hilang, niat nak ganti jugak (nanti survey kat kedai swatch).

3) Jam Brand Casio

Jam ni jam pertama Bonde beli di Zalora, tukar baucar Zalora masa dapat job dengan Zalora.  Jam ini jam digital pertama Bonde.  Tentunya Bonde sayang juga.

Baiklah...

Sekarang ni Bonde sudah telanjur suka kumpul jam, Harga tak perlu mahal janji fungsi jam tu lengkap dan membantu jadual seharian Bonde. 

Brand dan jenama tak penting bagi Bonde, asalkan ianya menarik dipandang. Hendak tengok senang.


'Jumpa next entri, cerita Bonde di kedai swatch IOI City Mall.'

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

  1. alhmdulilah.. nasib jmpa jam mahal semua, lawa jam tu bonde

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN