KENALI CARA MEMBELI PARFUM YANG TAHAN LAMA



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Apa khabar hari ini, moga sihat sahaja hendaknya... Rata-rata wanita dan lelaki memang ada guna parfum atau minyak wangi.  Bonde pon suka pada bau yang wangi. Tak selesa kalau bau kurang sedap atau busuk.


 Apa Beza 'Eau de Parfum' dengan 'Eau de Toilette'

Tapi kene tahu cara nak beli minyak wangi tau, harga mahal atau murah tapi baunya tahan lama. Kalau beli yang murah tapi tak tahan lama asyik nak kene sembur setiap jam, macam tu sehari sebotol pon tak cukup betul tak?

Berikut adalah info berkaitan cara mengenali parfum yang tahan lama jangan main beli sahaja.  Nanti anda rugi sebab Parfum tak tahan lama.

Apa Beza 'Eau de Parfum' dengan 'Eau de Toilette'


Ketika memilih minyak wangi anda tentu perasan perkataan dalam bahasa Perancis yang tertera pada botol. Wangian yang anda pilih itu deskripsinya mungkin salah satu dari empat kategori minyak wangi iaitu parfum, eau de parfum, eau de toilette, dan eau de cologne.

Kategori ini sebenarnya menjelaskan kandungan minyak wangi dan ketahanan harumannya bila ia digunakan.

Parfum



Ia mempunyai ketumpatan pati minyak wangi yang paling tinggi (20 peratus). Wangian jenis parfum biasanya lebih tahan lama daripada yang lain. Ia boleh kekal wangi sehingga lapan jam.

Eau de parfum



Memiliki ketumpatan kedua tertinggi. Biasanya eau de parfum mengandungi 10 hingga 15 peratus pati minyak wangi. Eau de parfum biasanya boleh bertahan antara empat hingga lima jam.


Eau de toilette

Pati minyak wangi jenis ini biasanya berada di bawah 10 peratus jadi wangiannya akan bertahan selama lebih kurang tiga jam saja.  Namun, dalam minyak wangi lelaki, eau de toilette boleh disamakan dengan eau de cologne.


Eau de cologne

Biasanya eau de cologne lebih murah daripada parfum dan eau de parfum. Ini kerana kandungan pati minyak wangi  di dalamnya hanya lima peratus. Anda mungkin perlu menyemburnya kembali selepas dua jam.

Jadi mana satu pilihan anda yang yang tahan lamakan! pilihlah Parfum yang kekal 8 jam jimatkan! he he he



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Ohh lea ingat EDP tu yang paling tahan lama.. Rupanya Parfum lagik tahan... Thankz bonde share info ni.. :)

    BalasPadam
  2. kurang arif pasal ini. tapi arini dapat belajar benda baru.tq bonda, tapi tuhlah kan..lagi tinggi kandungan pati lagi mahal la harga dia..hehe

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.