TONTON FULL EPISOD SWEETIE NANIE

by - October 26, 2016

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Anda semua layan tak drama nih!... Bonde memang layan drama ni... Bagi Bonde jalan cerita dia best, tak lah berat sangat sama saje dengan drama adaptasi yang lain.

Pelakon dalam drama ni pula menampilan ramai pelakon baru yang mempunyai bakat tersendiri.


Pelakon-Pelakon Sweetie Nanie

Nadia BrianAidit Noh, Duerra Mitilda, Syafnida Shuhaimi, Nazeera Sardi, Julia Farhana, Faiz Hak, Indah Emeerlda, Nafiz Muaz, Fana Azizan, Feiyna Tajudin

TONTON FULL EPISOD SWEETIE NANIE


SWEETIE NANIE

[1-13] Tamat


Sinopsis Sweetie Nanie:


Drama Sweetie Nanie ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Nanie Nadira, 23 (Nadia Brian) pernah melahirkan seorang anak luar nikah setelah dirogol ketika berusia 16 tahun. Oleh kerana Nanie Nadira masih bersekolah dan tidak berpendapatan, Nanie Nadira menyerahkan anaknya itu kepada kakaknya, Nora. Namun, apabila bayi itu telah diculik di sebuah klinik, Nora pula meninggal tidak lama kemudian kerana kemurungan. Peristiwa tragis ini sekali lagi menghimpit kehidupan Nanie Nadira kerana Nora telah mengamanahkan Nanie Nadira untuk mencari anaknya kembali dan menjalani tanggungjawabnya sebagai ibu kandung bayi itu.



Selain dugaan yang sudah membebani benak fikiran Nanie Nadira itu, Nanie Nadira juga sedang bergelut dengan masalah kewangan setelah kematian kakaknya. Hal ini kerana, Nanie Nadira masih menuntut pelajaran di sebuah kolej tempatan dalam jurusan Juruukur Bahan. Tambahan pula, selama ini Nanie Nadira tinggal bersama kakaknya dan yuran pengajiannya juga ditanggung sepenuhnya oleh Nora. 


Dalam kerunsingan Nanie Nadira untuk melangsaikan sewa rumahnya yang sudah sekian lama tertunggak, Nanie Nadira bertemu dengan Zafri (Aidit Noh) di sebuah kafe secara tidak sengaja. Ketika itu, Zafri sedang melarikan diri daripada orang suruhan sepupunya, Baizura (Julia Marin). Zafri merupakan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pemaju yang sentiasa dikongkong oleh sepupunya merangkap penasihatnya, Baizura kerana Zafri masih terlalu muda untuk mengendalikan syarikat keluarganya itu. 


Setelah Nanie Nadira dan Zafri bertemu, mereka menjadi semakin rapat, dan ini membuatkan Baizura rasa tidak senang hati. Kerana terlalu mengikut hatinya yang busuk, Baizura bertekad untuk memisahkan Zafri daripada Nanie Nadira dengan menyelidik sejarah hitam Nanie Nadira. Dugaan demi dugaan dihadapi Nanie Nadira, sejarah Nanie Nadira yang pernah melahirkan anak luar nikah itu akhirnya diketahui Zafri dan kebahagiaan sementara Nanie Nadira musnah.

Dapatkah Nanie Nadira bertemu dengan anaknya kembali? Adakah Zafri akan menjauhkan diri daripada Nanie Nadira selamanya?


Sweetie Nanie



~ Bonde Senyum Riang ~

You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang