BondeZaidalifahDotCom: TONTON FULL EPISOD DRAMA LARA AISHAH

TONTON FULL EPISOD DRAMA LARA AISHAH

6:43 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang,



Haiii  tengah buat apa tu... siapa tengah tonton Drama Lara Aisyah ???... Jangan lupa tonton drama Lara Aishah setiap Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang hanya di saluran Astro Prima dan Astro Maya HD.





Best lakonan Fasha Sandha dalam drama ni suka Bonde tengok watak yang lain dari lain.  Tak tahu nak nak cakap macam mana, tapi Bonde suka tengok lakonan Fasha yang selamba ganas dan tahan lasak dalam drama ni.



Selalunya Fasha melakonkan watak wanita yang sopan dan lembut dalam setiap watak yang dilakonnya.

Anda nak repeat Drama Lara Aisyah Klik link dibawah yea..









Sinopsis Drama Lara Aishah 


Drama Lara Aishah mengisahkan tentang Aishah lakonan Fasha Sandha yang dibesarkan oleh bapa angkatnya yang hidup dalam kesusahan. Dia adalah seorang wanita yang cantik, bijak dan keras hati. 

Aishah bekerja di pasar. Suatu hari Aishah mendapat tahu bahawa pasar tersebut akan diambil alih. Dia berusaha berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan itu dari dirobohkan. Insiden itu menemukan Aishah dengan Iskandar (Nazim Othman).

Zurin (Jasmin Hamid) adalah seorang bekas banduan. Dia telah dipenjarakan di luar negara bukan atas kesalahannya sendiri tetapi diperangkap. Semua itu telah dirancang oleh ibu mertuanya sendiri. 

Setelah dibebaskan Zurin kembali untuk mencari anak kandungnya. Apa yang diketahui Zurin adalah anak kandungnya telah diculik semasa kecil dan kini masih hidup. Hal ini membuatkan Zurin nekad untuk membalas dendam kepada keluarga mertuanya.

Iskandar merupakan waris kepada keluarga mertua Zurin. Namun dia terpaksa berlakon sebagai seorang mekanik yang miskin hanya untuk mendapatkan cinta Aishah. Keluarga Iskandar pula merancang menyatukan Iskandar dengan Felisha.


Kehadiran Felisha yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memusnahkan Aishah dan juga campur tangan bekas kekasih Aishah mula merumitkan keadaan.

Apakah kesudahan kisah ini? Siapa sebenarnya anak kandung Zurin? Akan bahagiakah perhubungan antara Iskandar dan Aishah akhirnya?

Pelakon drama Lara Aishah

Iskandar Bersama Aishah

Pelakon drama Lara Aishah

Aishah Bersama Zack

Pelakon drama Lara Aishah



Pelakon drama Lara Aishah


WATAK PELAKON

Nazim Othman sebagai Iskandar

Fasha Sandha sebagai Aishah

Jasmin Hamid sebagai Zurin

Dayana Roza sebagai Wani

Shahrizal Jaszle sebagai Zack 

Maria Farida sebagai Datin Dahlia

Eizlan Yusof sebagai Datuk Nazri

Ainul Aishah sebagai Aimi Farhana


PENGARAH : Muhammad Riza Baharudin

TERBITAN : Global Station Sdn Bhd

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

  1. Terima kasih, Maklumat yg sangat bermanfaat

    Regards
    Budy | Travelling Addict
    www.travellingaddict.com

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN