BondeZaidalifahDotCom: SEDAP-SEDAP MENU MAKANAN DEKAT SEMANGKUK BATANG BENAR

SEDAP-SEDAP MENU MAKANAN DEKAT SEMANGKUK BATANG BENAR

6:15 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...


Haah reader semua tengah buat apa tu?... Tengah minum petang yea.. ok sambil makan dan minum tu, terus baca entri ni yea...

Bonde nak cerita pasal makan jugak... Cerita Jalan-jalan cari makan Bonde kali ni dekat area Nilai pernah dengar nama tempat Batang Benar, (haaa jangan pikir lain nama tempat ni memang wujud yea)

Sebenarnya ramai dah tanya Bonde pasal makan dekat gerai Semangkuk ni.. ada yang tanya sedap ke? ada yang tanya lokasi dimana? menhlah Bonde citer pot pet pot pet dekat bawah ni.

@ waze Semangkuk batang benar Jalan nilai-pajam, Kampong Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Kalau anda nak tahu dari Nilai anda nampak Stesyen KTM Batang Benar disebelah kiri, anda terus jalan kedepan lagi, lepas tu anda akan nampak traffik light dihadapan merah berhenti dan hijau jalan... dan tak jauh lepas tu akan nampak kedai semangkuk di sebelah kiri jalan anda.


Signboard Semangkuk sebelah kiri seperti diatas.



Menu-menu yang ada dekat semangkuk... Kalau datang sini memang akan order cendol durian... sebab apa tu adalah Fav Kanda....



Cendol Durian RM 4.50


Apa yang menariknya... cendol ni? Ianya dihidang dalam bekas yang diperbuat dari tempurung.. Nampak sangat asli rasa santan dalam cendol ni. (ya kan)


Bagi Bonde Pula akan pilih Air Kelapa Lemon Laici... Bonde  pilih saiz yang Big, kerana ianya minum berjemaah 3 orang sekali. (hi hi hi)




Air Kelapa Lemon Laici (L) RM 11.00

Selain dari Menu air diatas Semangkuk juga ada menyediakan menu-menu seperti dibawah :



Mee Ketam


Mee Gearbox


Laksa Ikan seekor


Mee Kahwin undang + ketam





Mee Udang

Untuk desert pula... Ada pelbagai pilihan menu...



Pisang Cheese




Ais Cream Goreng

Kalau datang untuk makan tengahari di Semangkuk.. Bonde akan Pilih gerai disebelah Semangkuk kerana ada pelbagai lauk-lauk yang dihidangkan. semuanya menyelerakan yang dimasak dan dihidangkan dalam kawah, lauk-pauk yang terdapat disitu ialah : 

Gulai Ikan Keli Salai
Gulai Telur Itik
Gulai Daging Salai
Gulai Puck Ubi
Gulai Siput Sedut
Gulai Ikan Patin Tempoyak
Pelbagai Menu ikan goreng
Pelbagai Menu sayuran 
Pelbagai Menu ulaman

Semua Menu diatas memang kena dengan citarasa masakan orang Nogori semua sedap kene rasa sendiri baru tahu... kene datang awal sebab time makan tengahari orang ramai dan lauk cepat habis.

Selain dari itu bersebelahan kedai ini ada kedai nasi kukus dan kedai yang paling hujung terdapat kedai menjual ikan bakar, ayam bakar dan itik bakar berminat bolehlah cuba.



Gulai Ikan Patin Tempoyak bahagian ekor semangkuk RM 7.00


Gulai Siput Sedut RM 5.00 semangkuk


Dekat gerai sebelah, dihidangkan air tea o ice percuma kepada pelanggan.

Jemput makan.... :)

Untuk keterangan lanjut sila ke FB :  Semangkuk


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

4 TEGURAN MEMBINA

  1. huwaaaa..sedapnyee makanan tu bonde..laparrr tengok ni haaaa..

    ReplyDelete
  2. Huwaa...x bleh tahan la tengok makanan tu semua..sedapnyaa...

    ReplyDelete
  3. ada coconut shake ngan cendol durian? bestnyaaa

    ReplyDelete
  4. pergghhh sedapnya! Rasa macam nak pergi sana sekarang jugak ;P

    bonde, jemput join segmen saya ye :)
    https://farhanajafri.blogspot.my/2016/10/pencarian-bloglist-anna-j.html

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN