BondeZaidalifahDotCom: NIVEA: KEJAR KERJA APPRENTICESHIP PROGRAM POTENSI ANDA CITA-CITA KAMI

NIVEA: KEJAR KERJA APPRENTICESHIP PROGRAM POTENSI ANDA CITA-CITA KAMI

11:59 pm

Assalamulaikum Dan Selamat Malam...

Hai Beuty Blogger semua... Kali ini, Bonde nak perkenalkan kepada anda tetang program yang di anjurkan oleh Nivea iaitu :

NIVEA: KEJAR KERJA APPRENTICESHIP PROGRAM POTENSI ANDA CITA-CITA KAMI

Baru-baru ini Bonde dapat jemputan ke event tersebut seperti diatas.  Disini ingin Bonde Kongsikan kepada anda semua... info berfaedah yang Bonde tahu dan anda juga perlu tahu,  walaupun tak dapat 'attend event' tersebut :

Memaparkan Kejar Kerja NIVEA & Forward Official Invitation.jpg

Jemputan Event Nivea




Kejar Kerja Apprenticeship Program 


Merupakan usahasama antara FORWARD dan NIVEA bagi menyediakan platform dan memberikan peluang kepada para gadis ini untuk mencari dan meningkatkan kemahiran dan personaliti diri mereka serta meraih kerjaya dalam pelbagai industri kreatif di Malaysia. Projek ini juga diperkukuhkan dengan WOMEN:girls yang akan membantu kita untuk menyasarkan kumpulan pelatih khusus bagi tujuan perlaksanaan projek ini.


Antara ciri terbaik di dalam projek ini adalah penglibatan para perantis secara lansung bermula daripada hari perekrutan sehingga hari mereka berjaya mencapai matlamat utama selain daripada memperolehi inspirasi dan memperkasakan diri mereka melalui NIVEA  dan FORWARD.

NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program telah membuka ruang yang terbaik kepada para gadis untuk menonjolkan bakat serta menonjolkan potensi penuh mereka.

Melalui penglibatan mereka dengan NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program, mereka dipupuk serta diberikan motivasi untuk mencapai kecemerlangan pada tahap yang lebih tinggi agar dapat memperbaiki diri walaupun mendapat kurang sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan serta segelintiran pemikiran masyarakat yang stereotaip. 


Apprentice 1 - Sharifah Fairus Safraa Bt Tuan Said Shaikh



Apprentice 2-Srivani A/P Manogran



Apprentice 3 - Nor Atiqah Bt Jamaludin



Apprentice 4 - Nur Ain Bt Shaari



Apprentice 5 - Sharifah Farah Farhana Bt Tuan Said Shaikh



Apprentice 6 - Fakhiriah Izzati Bt Muhammad Hashim



Apprentice 7 - Nur Balila Bt Basri


NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program menyasarkan gadis seawal usia 18 tahun yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Klang dan Selangor. Projek ini menyediakan laluan yang lebih baik untuk mereka ceburi dalam bidang industri kreatif yang digemari, pada masa yang sama, project ini akan membantu merapatkan jurang kemahiran kritikal serta bakat di Malaysia. 

Gadis-gadis ini akan dibimbing oleh individu-individu terkenal seperti Chef Adu dari The Canteen, Boryeong Mud Facial Spa @ Nu Sentral, Baba Can Cook dari Limapulo, Project B, Souka serta penasihat kecantikan terbaik NIVEA.






Program ini turut dibimbing oleh nama-nama terkemuka seperti Christopher Ling dan Firdaus Nisha, yang masing-masing mempunyai kekuatan dalam bidang mereka sendiri agar dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan terhadap kejayaan ini. 

Berlian tidak muncul di depan mata, tapi perlu di cari.

Atas sebab itulah, NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program telah distrukturkan untuk mencari para perantis yang berpotensi dengan teliti dan cermat melalui kaedah kaji selidik, serta pencarian di kawasan sasaran sebelum proses pengambilan, orientasi dan perantis dijalankan.

Kerjasama antara NIVEA dan FORWARD telah menyasarkan sehingga 350 orang gadis di lebih daripada lima lokasi untuk fasa pertama perekrutan selama tempoh sepuluh hari. Fasa orientasi akan melibatkan perantis yang telah disenarai pendekkan dan mereka akan dilatih dengan asas-asas kerja oleh pembimbing pilihan mereka di kem latihan bagi program ini.

Hanya yang terbaik di antara kalangan perantis akan meneruskan ke fasa Apprenticeship yang seterusnya setelah berjaya melepasi sesi temuduga bersama mentor mereka. Pada 26th September 2016, tujuh perantis yang berjaya akan di perkenalkan di dalam majlis bersama media iaitu “Apprentice Announcement Ceremony” bagi mengumumkan kejayaan mereka untuk mendaftarkan diri dalam program perantis ini. 

NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program meliputi penilaian mingguan oleh mentor dengan proses dokumentasi melalui video perjalanan mereka dan testimony daripada mentor mereka. Setiap perantis akan diberikan elaun RM250 setiap minggu sepanjang tempoh perantis. Pada minggu terakhir NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program, perantis yang berjaya akan disalurkan kepada tawaran kerja bersesuaian, serta memulakan peluang pekerjaan mereka dalam organisasi berikut.


Semoga Berjaya!


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

2 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN