FAEDAH-FAEDAH YANG DIKECAPI PADA BAJET 2017



Assalamualaikum Dan Selamat Malam...


Haiii malam-malam macam ni cerita pasal Bajet lagi... info pasal bajet lagi... wah wah wah... ramai yang suka dengan pengumuman bajet 2017 baru-baru ini.

info untuk anda yang masih tak tahu tentang :

FAEDAH-FAEDAH YANG DIKECAPI PADA BAJET 2017





Pegawai contract of service & contract for service yang akan tamat penghujung tahun ini, dilanjutkan setahun lagi.

Pegawai Kontrak : 

- Alhamdulillah syukur kepada pejawat awam yang menyandang jawatan Kontrak yang tamat tahun ini boleh senyum lebar kerana kontrak anda dilanjutkan setahun lagi.

- sila berikan komitmen anda yang paling cemerlang dan terbilang.


Kerajaan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewat Disember 2016.

Graduan perubatan, pergigian & farmasi :

- Kumpulan sasaran bagi lepasan graduan perubatan, pergigian & farmasi tahniah untuk anda.  

- Banyak jawatan kosong nanti bolehlah isi. 



30k unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90k hingga ke RM300k.

Pada Yang Belum Memiliki Rumah Pertama :

- Berita baik, loan rumah dinaikkan, memandangkan harga rumah pon mahal.

- Alhamdulillah... kumpul duit beli rumah, tempat perlindungan yang lebih utama dan penting untuk menjamin kesejahteraan dan keselesaan keluarga.


Sebagai menghargai jasa 1.6 juta penjawat awam, kerajaan umumkan cuti belajar dengan gaji penuh serta biasiswa bagi golongan pelaksana.

Cuti Belajar Bergaji Penuh Serta Biasiswa :

- Alhamdulilah boleh sambung study untuk yang berminat nak buat Diploma dan Ijazah.



Pemberian Cuti Kuarantin yang anaknya sakit dan perlu dikuarantin menerusi cuti tanpa rekod 5 hari

Cuti Kuarantin:

- Alhamdulillah boleh mengurangkan penggunaan cuti tahunan. Cuti boleh dijimatkan bagi kes-kes semasa kecemasan.


Kemudahan pembiayaan beli komputer diperluaskan meliputi pembelian telefon pintar. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap 3 tahun.

Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar:

- Ia boleh digunakan seandaninya perlu.  


Had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Pinjaman Motosikal :


- Ia boleh digunakan kepada mereka yang memerlukan.  Memang patut ditambah kerana harga motosikal pon dah mahal sekarang ni.

Sekian sahaja, apa-apa pun kene tunggu pekeliling keluar pada yang ingin menggunakan faedah-faedah tersebut bolehlah baca dahulu syarat-syarat yang ditetapkan.

terima kasih 

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan