BondeZaidalifahDotCom: PROMOSI MATTA FAIR 2016 DAN 7 CARA MELANCONG DENGAN BAGET YANG KECIL

PROMOSI MATTA FAIR 2016 DAN 7 CARA MELANCONG DENGAN BAGET YANG KECIL

2:53 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Mulai hari ini, 2-4 September 2016 bermulalah MATTA FAIR di PWTC,Kuala Lumpur, Bagi anda yang ingin mendapatkan harga pakej yang murah untuk cuti-cuti Malaysia 2017 bolehlah hadir ke MATTA FAIR.


PROMOSI MATTAR FAIR 2016


MATTA Fair 2 - 4 September 2016


Harga Tiket Masuk : 
Dewasa - RM 4
Kanak-kanak bawah 12 tahun - Percuma



MATTA Fair Secretariat 
Wisma MATTA 
No 6, Jalan Metro Pudu 2, 
Fraser Business Park, 
55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Contact Person: 
Secretariat:

Ms Ummi, Ms Maziah, Ms Athirah, Ms Khadijah and Ms Nadia

Tel: +603 9222 1155 
Fax: +603 9222 1835 



Website Administrator: webadmin@matta.org.my

Bonde nak kongsikan apa yang Bonde baca kepada anda.. Moga tips ini dapat menjimatkan percutian anda nanti dan Moga anda semua gembira semasa dan selepas balik bercuti...

Cara Melancong Dengan Bajet Yang Kecil




Tetapi hakikatnya, melancong atau percutian sebenar bukanlah seratus peratus berkaitan dengan duit, tetapi lebih kepada menjadikan percutian sebagai cara melepaskan diri dari stress dan menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. 

Bagi yang bercita-cita untuk pergi melancong luar dari kawasan anda, saya kongsikan 7 cara untuk perancangan percutian anda dan tidak melepasi bajet anda.

1. Rancang lebih awal

Perkara utama yang perlu di lakukan untuk melancong dengan bajet yang kecil adalah dengan menyediakan rancangan awal. Sediakan tabung pelancongan seawal 6 bulan atau setahun daripada tarikh anda merancang untuk melancong. Tempah tiket kapal terbang atau hotel awal sekiranya anda merancang untuk menggunakan kapal terbang.


2. Travel luar waktu puncak

Kebiasaannya orang akan mula melancong setiap kali cuti panjang atau cuti persekolahan. Di waktu puncak seperti ini harga tiket kapal terbang, hotel, sewa kereta dan segala pakej pelancongan akan mula naik dan amat berbeza dengan harga di hari-hari biasa. Cuba elakkan melancong diwaktu puncak terutamanya di penghujung tahun.

3. Penginapan

Buat perbandingan harga antara penginapan yang anda rancang dengan menggunakan laman web seperti Trivago atau Agoda. Anda akan dapat lihat perbezaan harga walaupun anda membeli di Hotel yang sama. Elakkan dari walk in kerana bayarannya biasanya lebih mahal. 


4. Pengangkutan

Kos pengangkutan amat penting untuk diketahui lebih-lebih lagi bila berada diluar negara. Buat survey harga bas, teksi, bot dan juga sewa kereta terlebih dahulu. Jangan sampai kena tipu hingga bajet anda untuk hal-hal lain sudah terpakai untuk tambang sewa pengangkutan.

5. Makanan

Kalau nak jimat tak perlulah makan di restoran mewah. Lebih elok bawa bekal sebelum berangkat sekurang-kurangnya boleh mengisi perut untuk sarapan pagi dan makan malam. Makan tengahari mungkin bolehlah cuba makanan restoran untuk merasa kelainan masakan luar.

6. Souvenir/Cenderamata

Jika anda mahukan sesuatu untuk kenangan, snap saja gambar dengan telefon anda. kalau tak nak kedekut sangat, jika anda mahu membawa sesuatu cenderamata untuk rakan-rakan dan keluarga, cuba sesuatu yang murah dan unik seperti key chain dan fridge magnets. Tak perlulah beli t-shirt yang sudah tentu harganya tak murah. 

7. Tempatan / Luar Negara

Secara umumnya, melancong di dalam negara adalah lebih menjimatkan berbanding melancong di luar negara. Di Malaysia sendiri banyak tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati. Selain daripada itu, dari segi pengangkutan, penginapan lebih mudah dirancang dan menjimatkan.

Semoga tips ini membantu anda merancang pengembaraan anda dengan sebaik mungkin. Apa yang penting adalah dapat meluang masa bersama yang tersayang dan masih dalam keadaan 'tersenyum' apabila balik dari percutian.

JANGAN JADI SEPERTI INI PULA....

percutian bajet



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

2 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN