BondeZaidalifahDotCom: STORAGE CONTAINER [PROMOSI GIANT] AKHIRNYA MENJADI MILIK KU JUGA

STORAGE CONTAINER [PROMOSI GIANT] AKHIRNYA MENJADI MILIK KU JUGA

12:05 am

Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Siapa giler kumpul setem giant macam Bonde, Give me 5 sikit!  Sebenarnya... Bonde mula mengumpul setem ni mulai bulan 6 yang lepas tak silap Bonde lah... masa tu dekat-dekat bulan Ramadhan, jadi masa tu banyak bebelanja dekat RM 100+ Bonde belanjakan untuk barang dapur, tetiba chashier tu bagi Bonde setem kecik dan 1 kad untuk tampal setem yang kita dapat tu... baru Bonde tahu berpanduan kad tadi setiap wang yang dibelanjakan yang bernilai rm 30.00 kita akan dapat 1 setem,  masa tu dapat 3 setem jadi Bonde pon mengumpullah setem pada kad tersebut. Bukan apa dah terlanjur dapat 3 setem kumpulkan sahaja sehingga penuh ruang semua sekali 10 setem.

BELANJA , KUMPUL & BELI DI GIANT


Akhirnya penuh 1 kad... dengan rasa gembira dan tak sabar nak tukar bekas kaca 0.83 l untuk kegunaan harian sebab mangkuk ni boleh guna dalam microwawe.

Minggu lepas Bonde balik Kampung dan kakak ipar beri 1 kad lagi yang telah dipenuhi dengan setem, Katanya... Dia nak tukar tapi stok dah tak ada.

Alhamdulillah rezeki Bonde! dapat 1 kad yg dah penuh setem yaaahuuuu



Tibalah masa untuk menebus barang.... agak trajis juga cerita ini sedih sebab cuba menjejaki 3 Giant berdekatan Nilai , Kajang dan Bangi tertapi tiada stok, Dalam rata-rata pegawai khidmat pelanggan yang Bonde jumpa hanya Giant Bangi yang memberi perkhidmatan terbaik.  Sebab apa Bonde cakap macam ni kerana dia melayan Bonde dengan baik dan sopan.  Tidak seperti 2 cawangan yang lain tu, tidak mahu cakap lebih dengan Bonde jawapan yang diberi hanyalah tiada stok dan tak tahu stok nak ada bila, wah senang jawapan yang diberi!

Selasa 16 Ogos, beza sekali dekat Giant Bangi ni, Pegawai yang bertugas tu siap bagi list untuk ditulis dan nyakan saiz mangkuk yang kita nak... Dan Bonde diberitahu dia akan call Bonde sekiranya stok ada.

Bonde dengan pantas tulis detail dekat kertas yang diberi.




Esoknya Khamis 17 Ogos Pihak Giant Bangi call kembali mengatakan stok dah ada.  Alhamdulillah memang rezeki Bonde.

Pegawai khidmat pelanggan yang call dari Giant Bangi tu namanya Husna, terima kasih sebab call Bonde! moga dioermudahkan urusan Husna yea, baik-baik kerja.



~ Bonde Senyum Riang ~


Baca entri yang lain

2 TEGURAN MEMBINA

  1. lawanya storage tue...patut bonda nak sangat hehe

    ReplyDelete
  2. Wah.. Bestnya dapat container tu bonde.. Free lagi.. :)

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN