PRODUK PEMBERSIH MISS V DARI SUMBER AYU KINI BERWAJAH BARU!



Assalamualaikum Dan Selamat Malam...


Dalam kesebokkan berkerja seharian, kadang-kala kita suka ambil mudah tentang penjagaan kebersihan Miss v, sebenarnya penjagaan dalaman anggota badan yang tidak nampak adalah lebih penting dan berharga. Jangan acuh tak acuh tentang perkara ini. Sebagai seorang wanita kita hendaklah menjaga harta yang paling berharga dan bernilai itu dengan baik.


Jika tidak dijaga dengan baik mungkin ia akan mengakibatkan bermacam-macam penyakit kelamin yang serius dan memakan masa yang lama untuk baik, Bonde sendiri kalau boleh elak cuba elak dari penyakit yang kita sendiri boleh mencegahnya. Bukankah mencegah itu lebih baik.



Perkenalkan Produk Sumber Ayu, Produk ini digunakan untuk mencuci bahagian Miss V, oleh kaum wanita,  Bonde adalah salah seorang pengguna produk ini sejak dulu lagi... Pilihan Bonde ialah bauan Orchid.


Memandangkan Fatin yang telah meningkat dewasa Bonde kene menjadi "cikgu" dirumah mengajar Fatin erti menjadi wanita “dewasa” Fatin kene tahu dan faham keadaan serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan Miss V.


Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Jika tidak dicuci dengan betul ia akan menyebabkan gatal-gatal.


Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing.

Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, lantasmendedahkan anda kepada risiko jangkitan.  


PRODUK PEMBERSIH MISS V DARI SUMBER AYU KINI BERWAJAH BARU! 

Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Hasil carian imej untuk sumber ayu pembersih wanita

Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar.

Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai.

      1. Orchid        2. Rose       3. Floral       4. Musk     5. Gambir     6. Fruty

Hasil carian imej untuk sumber ayu pembersih wanita
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid


– Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.



Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Mawar

– Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis 



Hasil carian imej untuk sumber ayu pembersih wanita

Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Floral

– Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.




Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Musk 

– Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

Hasil carian imej untuk sumber ayu pembersih wanita

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir 

– Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.




Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Fruity

– Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Harga produk ini pula tidak mahal dan mampu milik iaitu :

Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun SirihSUMBER AYU boleh didapati pada harga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml).

"cadangan Bonde, satu beli saiz yang besar (200ml) untuk letak dirumah dan belilah satu pada saiz yang kecil (90ml) membolehkan ianya dibawa kemana sahaja kerana apabila kita membawanya didalam handbag kita boleh gunakan dimana sahaja semasa diperlukan.  Mudah bukan,  jadilah pengguna yang bijak dan menjaga kebersihan"

Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA

Untuk pengetahuan anda, mudah sahaja untuk mendapatkan Produk-produk SUMBER AYU kerana ia terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi. 



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.