TRIP PULAU PERHENTIAN [PART 2]



Selamat Petang...


Haaa petang ni, nak sambung cerita tentang... TRIP PULAU PERHENTIAN ...



Sebaik sampai dijeti, dalam jam 12.00 tengahari macam tu, Kami kene lepak dulu sebab bilik tak ready lagi...



Kaunter di lobby:

Sampai-sampai mesti tuju sini, nak chek nama dan tempahan bilik yang kami dah buat sebelum ni.


Ruang tamu...


Gambar Coral sebelah kaunter


Jalan menuju ke bilik kami...


Golden Send Lounge


cuba teka bilik kami nombor yang mana satu...


Taraaaa.... Bilik kami disini...


Bilik kami mempunyai 2 katil queen dan disebabkan kami berlima, kami tambah lagi extra bed dan pillow.  Bilik ni besar kalau datang dengan family memang selesa sekali.


Selfie sekali...


Ok nak tayang kasut baru 'beach shoes'... hi hi hi dan snorkel set ni nida punya.. dia baru beli masa beli kasut hari tu...




'Beach shoes' ni kami share-share beli... 2 RM 69.00 murahkan jadi 34.50 seorang... yahuuuu nak grapp warna pink, tapi x ada saiz, jadi beli yang ada warna biru, biru pon birulah...


Petang ni, kami jalan-jalan depan Shari-la ni sahaja... Sebab depan ni pon dah cantik sangat view dia... hu hu hu... tak sabar nak mandi, nak main dengan ikan-ikan hu hu hu


Sebelum mandi tu... kenelah pi sewa snorkle set dengan life jaket... kami sewa snorkel set ni dengan harga RM 15.30 + gst katanya...


Yeayyy dah masuk dalam air... nampak tak bertapa jernihnya air....


Main-main dengan ikan... bagi ikan makan roti dulu...


Makin lama, makin banyak ikan yang datang.... mungkin lapar dipetang hari...


Aksi Jelin dalam air... peace yo!


Ok mula guna set snorkeling nak tinjau di dasar air... Subhanallah... pemandangan dibawah memang menakjubkan... indah sungguh pemandangan dan ciptaannya.


Ikan-Ikan berenang-renang mencari makan...


Geram tengok rasa nak tangkap jer...


Dibawah dasar laut terdapat juga timun laut atau gamat... besar-besar tau...




Ayang tengah sekodeng ikan kat bawah tu...






Ikan nampak roti datang menyerbu...


Eh nape nida tu... hi hi hi


Keterujaan kami bermula disini....



Ada juga group lain tengah berlatih untuk scuba... bila boleh join group scuba ni... 


Dekat tepi pantai ni, hanya yang menginap disini sahaja yang ada, bersantai-santai tepi pantai jadi macam tak banyak gangguan nak lepak lama-lama atau nak mandi lama-lama... terpulang pada keselesaan pengunjung... jadi sama-sama pengunjung akan kenal sesama sendiri sebab Bonde cakap macam tu... kalau kita naik boat yang sama masa datang, akan samalah tempat penginapan dan waktu nak balik pun akan sama, sebab melalui pakej yang sama.


Mat-mat Saleh dan Minah Saleh ramai juga disini...



Ikan ni dok sekodeng roti dekat tangan Bonde...



Hai... Kenal tak siapa i...


Sapa tak geram tengok ikan lalu lalang depan muka kita...


Percubaan nak tangkap ikan...








Dekat tepi pantai ni coral kebanyakkannya baru nak jadi.. coral tak banyak...






Banyak ikan besar-besar celah batu...











Wahh Atul tak turun mandi santai-santai main buai... (panas katanya)


Ok kami nak... ke Pulau seberang... lebih di kenali sebagai "Long Beach" di Perhentian Kecil ... semangat nak ke ' Long Beach'... rasa teruja katanya Pantainya lebih cantik...


Melalui jalan dalam... mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Jalan kaki sambil borak dan sambil tengok pemandangan sekitar perjalanan memang tak rasa sangat...


Eh... makin lama, makin slow Bonde jalan.. sebab lutut macam dah mula sakit masa tu... maklumlah tadi dah berenang kaki rasa tak daya nak terus perjalanan...
 

Jadi Bonde bagi tahu dekat Atul... Bonde tak dapat nak teruskan perjalanan.. kaki makin kuat sakitnya... ishhh pe hal kaki sakit time ni spoil mood nak ke 'Long Beach'


Taraaa.... nilah 'Long Beach' yang dimaksudkan... cantik pantainya... putih gebu pasirnya...


Selalunya 'Long Beach' ni meriah pada waktu malam... ramai pelancong meletak disini pada waktu malam... malam di sini akan bertukar menjadi tapak pesta .








Di 'Long Beach' terdapat tempat untuk Diver-divers sewa peralatan untuk scuba iaitu di Angel Divers.



Wahhh santai masing-masing duduk atas pasir... hi hi hi


Wah... nak tinggal jejak juga .. mula-mula berempat


Dan... kini berlima eh... nape kurang seorang ni... hi hi hi Bonde tak de masa ni, Bonde tengah snorkeling dekat bawah jeti... syok oooo melayan ikan-ikan bawah jeti besar tau!....



Lepak atas pasir putih tepi pantai .... wah sakan yea... 




Matahari dah tengelam... Dah menunjukan waktu senja bakal tiba....


Dah nak balik.... bye-bye 'Long Beach'



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. wah, bestnya bonde pergi Pulau Perhentian! kita x pernah lagi ke sana sebenarnya. entah bila dapat g pun xtau.

    banyaknya ikan! kita haritu p pulau pangkor, duk tengok dalam laut xde apa pun maybe sebab semua ikan dah kenyang

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.