TONTON FULL EPISOD PERGILAH AIR MATA



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...


Wahhhh... mood sedih, mintak tisu plzzz, Drama ni dah diadaptasi rupanya... tak sangka sangat, Sudah lama rasanya TERTUNGGU NOVEL NI DIADAPTASI ada terbaca cerita novel ni akan diadaptasi, ( dah lama tau... ) memang betul, citer dia memang sedih hu hu hu.... Tajukpun dah tahu sedih...

Bonde masih dalam mood sedih, Kesian Sabrina... ada ke patut Bad cakap pertalian mereka adalah satu kesilapan... what! satu kesilapan... 7 hari 7 malam nages !

[FULL EPISOD] PERGILAH AIR MATA 


[1-26] sweet ending 




SINOPSIS PERGILAH AIR MATA





Kisahnya bermula dengan watak utama Sabrina (Nelydia Senrose), seorang gadis naif dari kampung yang kehidupannya tidak terdedah kepada anasir negatif. Ada sesuatu yang malang menimpa Sabrina apabila dia diperangkap oleh rakan baiknya sendiri, Maria (Reen Rahim) sehingga terpaksa berkahwin paksa dengan seorang jejaka kaya bernama Badrul Datuk Hamidi (Kamal Adli).

Bertambah malang, apabila sudah berkahwin, Sabrina menjalani hidup yang lebih sukar dengan menjalani kehidupan bermadu dengan isteri pertama Badrul, Dayana (Izreen Azminda) sehingga sering disalah anggap mahu mengaut harta suaminya.

Kerana satu rancangan yang dirancang untuk memisahkan mereka, rumah tangga Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina goyah hingga menyebabkan Badrul sanggup menyakiti Sabrina. Air mata menjadi teman setia buat Sabrina.

Sabrina hidup ibarat burung dalam sangkar emas. Dia tetap dilayan baik oleh Datuk Hamidi, namun kesedihannya tidak berpenghujung. Namun, dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina. Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan. Dapatkah Badrul mengubati rajuk luka di hati Sabrina?

Situasi yang berlaku tersembunyi hikmah bila mana Badrul berubah sikap menjadi pemarah dan panas baran, namun akhirnya menjadi seorang yang penyayang kepada isteri-isterinya.



JUDUL : PERGILAH AIR MATA

EPISOD : 26 Episod


TARIKH TAYANGAN : 10 Julai 2016


HARI / MASA : Sabtu & Ahad, 7.05 malam


SIARAN : Slot Widuri TV1 (RTM)


NOVELIS : Hanni Ramsul


PENGARAH : Jo Yusof



TERBITAN : Golden Pictures Sdn Bhd




PELAKON : 

Nelydia Senrose, Kamal Adli, Izreen Azminda, Amar Asyraf, Reen Rahim, Mustafa Kamal, Nadia Mustafa, Jasmin Hamid, Amar Asyraf, Azlee Khairi, Ezzaty Abdullah, Qistina Raishah

WATAK PELAKON 

Kamal Adli sebagai Badrul 

Nelydia Senrose sebagai Sabrina

Izreen Azminda sebagai Dayana


Reen Rahim sebagai Maria


Jasmin Hamid sebagai Datin Hamidah


Mustafa Kamal sebagai Datuk Hamidi


Amar Asyraf sebagai Ikmal 


Azlee Khairi sebagai Darius


Ezzaty Abdullah sebagai Amira




 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.