BondeZaidalifahDotCom: RESEPI NASI IMPIT GORENG

RESEPI NASI IMPIT GORENG

4:00 pm

Salam Petang...

Ada nasi impit yang berlebihan tu, tak tahu nak buat apa? Rasa macam nak buang tentu rasa sayang kan! Rasa membazir pula kalau dibuang...

Jadi... cubalah menu ni.. Sedap tau!

Menu ni Bonde guna udang kering, olah ikut suka hati, rasa jemu dah nak letak isi Ayam atau daging Lembu.  Maklumlah masa raya dah semua menu seakan sama.  Pelbagai menu utama mesti guna Ayam Dan Lembu.

Menu Raya ke Tiga...

RESEPI NASI IMPIT GORENG


RESIPI NASI IMPIT GORENG

Bahan-Bahan : 

12 ketul - Nasi impit  ( belah 4 )
2 senduk - Cili Kering siap dikisar 
2 biji - Bawang Merah siap dikisar 
 5 ulas - Bawang Putih siap Kisar
50 gram - Udang Kering siap Kisar
200 gram - Kobis bulat (hiris halus)
2 biji Telur
2 Biji - Cili Merah
2 Biji - Cili Hijau
sedikit Perencah Maggi
sedikit Garam
Minyak untuk menumis

Cara-caranya :

Panaskan minyak, masukan cili kering yang telah dikisar, setelah cili garing masukkan bawang merah dan bawang putih, setelah bawang merah dan bawang putih garing masukan udang kering, setelah udang kering nampak garing masukkan perencah maggi dan garam, seterusnya pecahkan telur, masukan nasi impit yang telah dipotong 4 gaul rata dan seterusnya masukan kobis yang telah dihiris. Setelah kobis layu angkat nasi impit ke dalam mangkuk dan taburkan cili merah dan hijau.  Sediakan untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

6 TEGURAN MEMBINA

  1. Pergh!! nengok gambar, memang mengancam.. bilalah nak mencuba nie..
    Park dululah..

    ReplyDelete
  2. Baru tahu nasik impit ada yang versi goreng. Nampak macam menyelerakan. Heheh. Diari Mommy Muhaimin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masih elok, nak buang sayang kita olahkan sahaja menu itu :)

      Delete
  3. Terliur tengok kena cuba buat gini

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN