BondeZaidalifahDotCom: PROMOSI RAYA [ OHH! MERIAHNYA RAYA BERSAMA JAKEL]

PROMOSI RAYA [ OHH! MERIAHNYA RAYA BERSAMA JAKEL]

5:42 pm

Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Hai... Semalam Baru berlansung di Jakel Shah Alam iaitu :

OHH! MERIAHNYA RAYA BERSAMA JAKEL...


Teringat Bonde pada Sabtu 4 Jun yang lepas, hari yang sama Bonde ada Photoshoot untuk Bernama TV Semperna Raya. Masa tu memang bercadang akan ke Jakel untuk membeli belah persediaan untuk Kanda raya nanti.. Akan tetapi.. Bonde dipelawa oleh Kak Ana semasa sesi photoshoot jadi Plan A bertukar menjadi Plan B. (hi hi hi). Tumpang Cik Za untuk terus ke  Jakel Ohh! Meriahnya Raya Bersama Jakel.



Sempat mendaftar di meja pendaftaran...


Dapat doorgift tau... Sepasang baju (terima kasih JAKEL)


Nampak tak bertapa meriahnya... penuh khemah... diluar dan di dalam JAKEL semua dah tunggu hu hu hu hebat betul promosi  Jakel Trading Sdn Bhd akan menganjurkan Oh! Meriahnya Raya Bersama Jakel 2016 di JAKEL MALL Kuala Lumpur, Lot 159, Jakel Square, Persiaran Capsquare, Off Jln Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur pada 4hb. Jun 2016 jam 12pm.


Duta JAKEL Yang Hadir... alamak nampak dari celah-celah badan pelanggan yang hadir... kene lompat-lompat nak ambik gambar.


Yeay... akhirnya dapat menyelit duduk depan pentas baru dapat... barulah dapat ambik gambar duta yang datang masa tu...


Turut memeriah lagi kempen raya pada tahun ini adalah pengara terkenal Dato' AC Mizal  dan selebriti muda Ayda Jebat .  Disamping mengekalkan Aaron Aziz dan Nabil Ahmad.



Sukanya dia... (muah ciked) Ayda Jebat tampil dengan koleksi Si Pencuri Hati


Sesi sidang media bersama Duta JAKEL


Jakel kuala lunpur

Tu dia... yang dinanti-nantikan Lara Alana dah sampai bersama Awal Ashaari... Dapat tengok Lana dari jarak dekat...comelnye dia, Kesian Lana, tak sihat masa ni..Ek mana  Scha Al-Yayha??.. Awal juga memohon maaf kepada pihak Jakel dan Media bagi pihak  Scha Al-Yayha kerana tidak dapat hadir ( Scha Al-Yayha, pun tak sihat, moga cepat sembuh) 

Scha Al-Yahya dibawah Koleksi Schawalara XJAKEL



Menurut Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel (Pengarah Urusan), Pemilihan Jep Sepahtu, Schawalara dan Datuk AC Mizal serta Ayda Jebat sebagai duta baru Jakel adalah berdasarkan personaliti yang menarik dan mempunyai bilangan peminat yang ramai dilihat bertepatan dengan konsep pemakaian baju melayu serta baju kurung untuk seisi keluarga.





Duta JAKEL yang hadir ialah Nabil Ahmad, Datuk Ac Mizal, Aaron Aziz, Jep Sepahtu, Awal Asahari, Lara Alana dan Ayda Jebat.

Paling best acara yang dinantikan oleh semua pelanggan ialah acara "happy hour" bersama maskot komik Upin dan Ipin.


Acara "Happy hour"

Baju Melayu Moden


Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak, Keistimewaan koleksi Asron Aziz adalah koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna.  Rekaan terbaharu khas 2016 adalah dari pelbagai jenis fabrik.  Antara warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan pada tahun ini adalah hijau zamrud, biru diraja, peach, jingga , hijau tiffany, hijau mint dan merah cili.

Koleksi Jubah Terawih


Koleksi jubah terawih di bawah lebel Jep Sepahtu ini adalah keluaran terbaru dan terkini JAKEL dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan sisamping mengikut trend semasa.  Koleksi Jubah Terawih Jep Sepahtu ini menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potong leher dan belakang bahu serta dilengkapi dengan poket.  JAKEL juga mengeluarkan koleksi jubah dibawah label Aaron Aziz dan Nabil Ahmad untuk peminat-peminat mereka diluar sana.  Setiap koleksi jubah yang dihasilkan mempunyai lebih 100 warna bagi setiap rekaan jubah.


Selfie sekali...



Bagi promosi kali ini , JAKEL Mall Kuala Lumpur telah memberikan 500 pasang baju melaju secara percuma kepada 500 orang oengunjung yang terawal.  JAKEL Trading Sdn Bhd juga akan meneruskan lagi sesi promosi bersama Duta Raya JAKEL ke cawangan JAKEL lain seperti JAKEL Shah Alam (11/6/2016) JAKEL Johoir Bahru, JAKEL Sabah dan JAKEL Sg Petani sebelum berakhir di Alor Setar pada 2 Julai 2016.

Info lanjut baca di : galaksi-media.com


Datang terus ke :


JAKEL Mall
Lot 159, Jakel Square, Jalan Munshi Abdullah,
50100, Kuala Lumpur
WP - Kuala Lumpur, Malaysia
Phone : +603 2615 0777
Fax : +603 2615 0778
Opening Hour : 10am - 8.30pm



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

2 TEGURAN MEMBINA

  1. salam kenal dari kaknoor Ifah
    bestnya memang meriah sekali nampak nya tu

    ReplyDelete
  2. wah best nya..... comel nya alanaa

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN