BUFET RAMADHAN BERNILAI RM 38.00 DI ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON



Assalamualaikum Dan Selamat petang...


Salam 9 Ramadhan.. Moga semua dalam keadaan sihat hendaknya hari ini, Syukur Alhamdulillah dah 9 Ramadhan hari ni.. cepat masa berlalu betul tak?

Jumaat, 10 Jun 2016 di AnCasa Residences, Port Dickson telah diadakan seperti tahun-tahun yang lepas, AnCasa Residences menyediakan Program Amal bersama Anak-anak Yatim.


SELERA DESA NOSTALGIA 60 AN

Tahun ini pihak AnCasa Residences, Port Dickson mengetengahkan elemen 60an dengan alunan muzik dari era 60 an sepanjang bulan Ramadhan.  Pilihan lagu-lagu klasik yang akan menjadi halwa telinga anda sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.. Bagi ibu/bapa yang ingin berkongsi perasaan mereka bersama anak-anak inilah masanya yang sesuai kerana anak-anak zaman ini tidak pernah merasa suasana tersebut.


Sudah pasti anda merindui detik-detik kenangan dulu bersama insan tersayang... teringat pula ketika kecil bersama ayah bonda tercinta melalui saat-saat manis pasti menambat hati seisi keluarga menjamu selera.


Bufet Ramadhan Tahun ini, Disajikan dengan juadah menarik diilhamkan oleh Chef Mouses dengan menyajikan hidangan enak yang menggunakan 1001 jenis rempah ratus rahsia bagi menghasilkan makanan yang lazat buat anda seisi keluarga.


1001 Jenis Rempah Ratus Rahsia


BUFET RAMADHAN TERMURAH DI PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.

Ramadan Buffet Selera Desa - Nostalgia 60'an

Promosi Bufet Ramadhan bernilai RM 38.00 sahaja,
 bermula dari 10 Jun - 3 julai 2016



haaaaa mesti anda nak tahu ada apa dalam kawah ni kan.... Dalam tu ada pelbagai lauk pauk yang memang membuka selera tau... rugi kalau tak makan dan rasa.. 
Antaranya :
Ayam Percik Negeri Sembilan

Udang Masak Lemak Nenas Muda


Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak

Asam Pedas Ikan dengan Bunga Kantan Bersama Terung

Rendang Daging

Sambal Tempe 

Gerai-gerai yang terdapat Bufet Ramadhan AnCasa




Ice Kacang





Gerai Pelbagai Jenis Mee



Gerai Murtabak dan Roti Jala



Gerai Lok Lok


Nilah Lok Lok namanya...


Gerai Ikan Panggang, Kepak Ayam Panggang dan Kambing Panggang


Tak perlu takut tak dapat kambing Grill sebab ada 2 ekor besar tau...






Abg Chef tengah potong tu hu hu hu sabar tunggu

Sedia untuk anda...


(merecik kan!)


Gerai Char Kuey Teow



Pelbagai Jenis Bubur



Gerai Rojak Buah Dan Pelbagai Jenis Kerabu



Kerabu Kacang Botol



Kerabu Sotong (emmm sedapnye)



Pelbagai Jenis Sambal... 
~ Ada Budu, Sambal belacan, Sambal Cencalok dan  Sambal Tempoyak


Pelbagai Jeruk dan Ulam-ulaman



Fav Kanda dan Fatin Sambal petai cicah belacan  


Rojak Pecal


Buah-buahan dan pelbagai jenis pencuci mulut.




(yummy)



Bubur candil 


Apam Balik Garing


Sementara menunggu waktu berbuka... 


Menu yang kami rasa pada hari itu...







Jemput makan yea... tapi semua ni bukan untuk Bonde tau...


Paling fav bubur candil ni... sedap kene dengan citarasa Bonde.



Ais Kacang, ais kacang... penghilang dahaga... sejuk tapi kurang manis..


Dapat juga makan buah rambutan dan duku langsat.. walau tak musim sekarang ni...


Untuk Info anda semua....

Bufet Ramadhan Selera Desa "Nostalgia 60 an" dibuka setiap hari bermula 10 Jun 2016 sehingga 3 julai 2016 dari pukul 7.00 malam hingga 10.00 malam pada kadar RM 38 bersih.  Surau ada disediakan bagi kemudahan anda yang ingin menunaikan solat.

Tempahan berkumpulan lebih daripada 100 orang juga boleh diatur,  Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Saffron Brasserie du talian 06-662728 samb. #6 atau talian bebas tol di 1-800-88-0032.

kredit pic: www.qasehsu.com

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. RM38 murah dah tu bonde. Pilihan pun banyaaaakkkk, rambang mata. Tapi kalau Sha, paling suka, kompem kambing bakar. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang murah dan harga mampu... Kan Sha. Kambing bakar dia dah lah sedap kene dengan sos tau!

      Padam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.