BondeZaidalifahDotCom: MENUKAR REZEKI KERANA KEPERLUAN HIDUP

MENUKAR REZEKI KERANA KEPERLUAN HIDUP

10:34 am

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Jumaat yang ceria...

Bonde share story ini untuk tatapan dan bacaan umum, Ianya dapat dari group whatsapp rasa terpanggil nak share dekat blog Bonde.  Moga ianya dijadikan pegangan hidup agar Diri Sentiasa Bersyukur dan bersyukur... InsyaAllah.

MENUKAR REZEKI KERANA KEPERLUAN HIDUP

Di pintu masuk kawasan market pada suatu pagi, saya disapa oleh seorang tua untuk membeli udang galah yang dijualnya, ada hampir 10 ekor. Saya hanya senyum kepadanya sambil memberi isyarat tidak mahu, tetapi seorang pemuda di belakang saya bertanya berapa harga semuanya. RM50.00 kata orang tua itu, lalu dibayar oleh pemuda tersebut. Udang itu dimasukkan dalam plastik, ada yang besar dan sederhana. Bila uncang plastik itu diserah kepada pemuda itu, tiba-tiba dia bertanya, "Pakcik, ada tidak udang galah ini yang Pakcik bawa balik untuk makan di rumah?". Orang tua itu tercengang mendengar soalan itu.

Hasil carian imej untuk udang galah

Dalam senyum dia berkata, "Encik, Allah beri rezeki udang ini untuk kami lihat sahaja kerana ada yang lain yang lebih perlu. Beras, gula, tepung untuk makan anak-anak adalah lebih utama dari makan udang ini. Jualan hari ini cukup untuk kami makan 4 atau 5 hari, berbanding jika kami makan udang ini hanya untuk sekali makan.

Hasil carian imej untuk udang galah

" Saya tunduk mendengar jawapanya, dalam hati meraung menyebut kebesaran Allah. Air muka pemuda itu cepat berubah menjadi redup mendengar jawapan itu, lalu dia menghulur kembali bungkusan udang itu kepada orang tua itu dan berkata, "Pakcik, hari ini pakcik dan anak-anak dapat makan gulai udang galah yang ditangkap oleh pakcik sendiri. Ambillah, saya sedekahkan semua." Pemuda itu cepat berlalu, sedangkan orang tua itu seperti kebingungan seketika. 

Ketika meninggalkan tempat itu dengan udangnya, saya melihat tangannya menyapu mata. Bertuahlah pemuda itu memiliki hati yang dapat menjangka sesuatu yang di sebalik pandangan.

Ada orang, rezekinya hanya untuk tatapan kerana perlu ditukar bagi mendapatkan sesuatu yang lebih perlu untuk hidup. Contohnya nelayan yang menangkap hasil tangkapan yang mahal harganya, akan semuanya dijual untuk mendapatkan wang bagi membeli keperluan hidup, sedangkan mereka makan ikan yang kecil, yang murah. 

Maka kita yang berada patut juga belajar dari keadaan ini, ada rezeki yang kita perolehi mungkin tidak sesuai dengan taraf hidup kita. Contoh walau kita ada pendapatan tetap, sebaiknya tidaklah berhutang besar untuk kemewahan yang melebihi kemampuan seperti membeli kereta mahal, menghias rumah lebih dari keperluan, berpakaian dan aksesori berjenama yang tidak sepadan. 

Maksud saya kisah ini seolah Allah mahu menunjukkan supaya manusia hidup mengikut kemampuan dan tarafnya, ukur baju di badan sendiri. Pakcik itu tak perlu makan udang galah kerana ia lebih perlu beras, tepung, gula dan sebagainya utk hidup.

Jika kita makan yang hebat, ingatlah ada orang menelan air liur, ada orang yang berpenat lelah kerananya, ada orang yang teringin tetapi tidak berupaya. Sesekali kongsikan kenikmatan hidup kita dengan mereka yang miskin dengan bersedekah, berbuat jamuan, memberi apa yang selalu kita makan, apa yang sedap pada lidah kita supaya orang lain juga merasa.

Janganlah kita hanya memikir diri kita sahaja, seperti pemuda ini yang terfikirkan keluarga penjual udang ini. Kita setiap hari makan hebat hingga berbulu perut, tetapi tak pernah sedetikkah terfikir insan lain yang memamah sayur kangkung, ikan temenung dan sambal belacan setiap hari?

Firman Allah,

"Kamu sesekali tidak sampai kepada kebajikan yang sempurna, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan siapa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui." [Ali Imran 92]


πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌπŸ‚πŸŒΌ


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

4 TEGURAN MEMBINA

  1. salam bonde MV dtang baca..sedih..tapi dalam masa yang sama menerima apa yang disampaikan..teringat masa kecik dulu...

    ReplyDelete
  2. Sebak baca entry ni. Harap-harap suatu hari nanti ada rezeki lebih boleh tolong orang yang susah..

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN