BONDE BERSAMA PENULIS NOVEL DIA SEMANIS HONEY



Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Alhamdulillah kehadiran Bonde ke PBKL 2016 di Maeps Ahad lepas, 8 Mei 2016 menemukan Bonde dengan Penulis Novel Dia Semanis Honey.. Penulisnya yang menggunakan nama Pena Dila Dyna sangat comel orangnya.  Melihat kepada paras rupa beliau ada iras-iras Pelakon Korea hi hi hi..

DIA SEMANIS HONEY

Kalau nak beli novel online Dia Semanis Honey di www.kakinovel.com
No. ISBN:- 978-967-0874-01-2
Jumlah muka surat:- 768
HARGA SEMENANJUNG: RM26 , AHLI KN RM22
HARGA SABAH SARAWAK: RM29, AHLI KN: RM25
Sinopsis:-
Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak.
Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan….
Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

“Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada
Adam!” ~ Hani.
“You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!” ~Ahnaf.
“Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita’. Sebab perkataan ‘kita’ tu dah lama tak wujud antara you dengan I.” ~Hani.
Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi?
Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau… akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?”

“Kita bertemu, kita berpisah dan kemudian bertemu semula….”
 DIA SEMANIS HONEY

Novelis Dila Dyna

 DIA SEMANIS HONEY

 DIA SEMANIS HONEY

Untuk anda yang berminat nak baca secara Online, Bonde Sharekan Bab 1 - Bab 15 

(Tapi kene tunggu sehingga  Dila update akaun domain dulu tau.. sebab dah tamat tarikh luput domain tu)

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15]



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan