BondeZaidalifahDotCom: TIP UBAHSUAI DAPUR DARI MAJALAH IMPIANA

TIP UBAHSUAI DAPUR DARI MAJALAH IMPIANA

5:42 pm

Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Petang-petang macam ni, Bonde nak bagi anda semua baca tip Ubahsuai Dapur Dari Majalah Impiana, kebetulan terbaca di web Impiana Bonde kongsikan kepada anda semua..

TIP UBAHSUAI DAPUR DARI MAJALAH IMPIANA

Kalau ada ruang dapur yang menarik mesti kita bersemangat nak masak hari-hari dan setiap masa nak duduk dekat dapur kan! akan tertapi kalau ruang dapur kita tidak secantik seperti yang kita mahukan itu bukan alasan kita malas untuk masak.

Tip Ubah Suai Dapur
Oleh: Wan Erni Liza Md Izatzi

Pengunaan  dapur

Fikirkan tentang bagaimana anda akan menggunakan dapur. Bagi mendapatkan pengubahsuaian yang Berjaya, Ia adalah penting untuk menentukan matlamat projek anda dan berfikir tentang bagaimana menggunakan dapur baru tersebut . Sebagai contoh dapur yang dibuat bertujuan untuk digunakan sepenuhnya dan memperoleh kehidupan berganda melaluinya.

Cedok Idea

Inspirasi dekorasi boleh didapati dengan mengunjungi hotel serta restoran yang mempunyai seni hiasan yang tersendiri. Dari situ timbul segala idea yang boleh diambil bagi membangkitkan lagi keindahan terhadap dapur yang akan dibuat.

Kepelbagaian Fungsi

Pemilik perlu memastikan dapur yang bakal dibuat mempunyai keperbagaian fungsi yang jelas agar ia menjadi pusat utama bersama keluarga. Dapur dengan pelan terbuka dilihat bersesuaian kerana akan menjadi ruang interaksi social di samping menjadi penghubung kepada bilik-bilik lain.

Ruang Simpanan

Pelbagai barangan yang dibeli menjadikan ketiadaan ruang yang secukupnya bagi tujuan penyimpanan. Oleh itu, ruang penyimpanan menjadi solusi terbaik bagi menyelesaikan masalah ruang yang terhad. Di sini kepentingan laci begitu diharapkan bagi menyimpan segala barangan dengan baik dan teratur.

Sediakan Dapur Sementara

Kurangkan tekanan anda dengan membuat sebuah dapur sementara di ruang lain. Pastikan dapur sementara tersebut berada dekat dengan sumber air bagi memudahkan penyediaan makanan dan urusan mencuci. Dapur sementara perlu didirikan dengan ringkas dan menyediakan peralatan memasak yang asas. Kehadiran dapur ini sekurang-kurangnya dapat menyediakan makanan asas dalam tempoh yang singkat.

Dapatkan Pelan

Dapatkan pelan yang terperinci sebelum memulakan projek ubah suai . Ia bagi memberi rujukan buat anda selaku pemilik kediaman. 


Moga tip yang dikongsikan dapat memberi anda inpirasi untuk menjadikan Dapur anda sebagai Dapur Idaman. (hari-hari nak masak)


  
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN