BondeZaidalifahDotCom: RESTORAN PILOT CAFE BANDAR BARU NILAI TAK SAMA MACAM DALAM FILEM

RESTORAN PILOT CAFE BANDAR BARU NILAI TAK SAMA MACAM DALAM FILEM

10:27 pm

Assalamulaikum dan Selamat Malam..

Lama dah tak kongsikan tentang JJCM Bonde bersama family.... ini adalah kunjungan pertama Bonde ke :


 Restoran Pilot Cafe

Yang terletak di Bandar Baru Nilai, 10 minit sahaja dari rumah Bonde, tak jauh mana pon he he he.. Yang Bonde Maksudkan Restoran Pilot Cafe tak sama macam dalam filem kerana ada beza antara 2 cafe ni, siapa yang menonton filem Pilot Cafe mesti tahu bezakan he he he

RESTORAN PILOT CAFE BANDAR BARU NILAI

Pertama kali sampai sini... memang teruja sangat melihat sekeliling cafe dipenuhi dengan poster serta replika Kapal terbang...  (terpegun mata memandang dan hari mula berbisik... menariknye Pilot Cafe ni) jom teruskan membaca ada banyak yang ingin Bonde Kongsikan.


"Picture wall paper" juga dipenuhi Gambar Kapal Terbang ( kalau ambik gambar dekat situ pasti menarik )



Jika berada didalam cafe... anda pandang keatas anda akan nampak beberapa buah Kapal terbang tergantung...Bonde suka melihat keunikan restoran ini.. rasa seperti berada di dalam sebuah lapangan!







Disediakan juga tempat untuk menyanyi, masa ni tak ada penyanyi yang menyanyi atau live band membuat persembahan .. (Mungkin Live band ada pada hujung minggu sahaja cakap dalam hati)


Terdapat juga sudut memperingati Kapal Terbang MALAYSIA AIRLINE yang terlibat nahas udara iaitu MH17 dan MH370 yang hilang di udara terputus dari radar.


"Picture Wall"  dibelakang Bonde adalah Gambaran sebuah Jet Perjuang ... (Fatin cakap Bonde tepi sikit Jet nak lalu belakang Bonde dah dekat dah... hamboi main-mainkan Bonde yea)


( malas nak layan Fatin....) 


Kalau nak datang sini santai-santai memang sesuai... bawak family dan bawak kawan... boleh borak-borak sambil makan dan minum.  Suasana dalam Cafe dan ada pengunjung yang lain.


"Picture Wall" berhadapan Kaunter.. terdapat replika yang disusun rapi.. 


Sudut cuci tangan atau "hand wash" juga dihiasi dengan sebuah Replika Kapal Terbang! (memang cafe ni Pilot Cafe yang punye)


Kaunter bayaran...

Dihiasi dengan ruang pameran ada baju uniform dan juga alat kelengkapan yang digunakan di dalam pesawat ringan dipamerkan disitu.


Bailah, dah penat-penat pusing-pusing tengok restoran Pilot Cafe ni, tekak dari tadi teringin nak rasa Makanan dan minuman kat sini.



Menu dekat sini kebanyakannya western! tapi ada juga menu nasi untuk yang suka makan nasi.



Setiap hidangan yang anda makan, anda boleh tahu berapa jumlah kalorinya.. kerana ada di terangkan pada kad menu, jadi kalau anda sedang diet, anda boleh pilih hidangan yang sesuai untuk anda.

Harga pula seperti yang tertera dan anda boleh lihat, bagi Bonde harga yang diletakkan adalah harga yang berpatutan dan standard mengikut harga terkini..

Untuk kunjungan Bonde kali ini, Bonde order minuman dan makan dibawah :


Air Tembikai (Kanda)


Limau Ais (Bonde)


Ice Lemon Tea ( Fatin)



Mushroom Soup & Garli Bread


Nasi goreng cendawan request nak pedas he he he sebenarnya order 1 sahaja! kami berkongsi makan sebab baru nak nak "food testing" :)


Sambil makan kami disajikan dengan rakaman cerita mengenai Kapal Terbang! sebab itu bonde nyatakan makanan disini seperti berada dalam pesawat, he he he


Zoom sikit dekat tv besar tu... 


Jam menunjukan waktu 3 buah negara pon terdapat sini.


Pendapat Bonde tentang Pilot Cafe adalah :

Untuk Minuman:
 ~ baik

Untuk Makanan:
~ Nasi goreng Cendawan Pedas, Menepati citarasa memang pedas Bonde suka!

Suasana:
~Menarik sekali

Cadangan Bonde :
~Pilot cafe boleh tambah 'servis wifi' untuk kegunaan pengunjung/pelanggan kerana 'servis wifi'  adalah salah satu tarikan untuk pengunjung datang dan ia satu keperluan zaman yang serba moden sekarang ini.


Ok dah kenyang, jadi nak balik dah...










~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

5 TEGURAN MEMBINA

  1. wahh teringat pulak dengan cerita pilot cafe tu..leh terjah sini nanti bila dtg Bandar Baru Nilai.. tq Bonde sharekan..

    ReplyDelete
  2. Menarik dan unik sekali restoran ni. Kena cuba juga nnt

    ReplyDelete
  3. nak lagi gempak...cuba baut meja makan betuk kapal terbang...lepas tu letak patung pilot dekat pintu masukk...mesti lagi gempak kan..

    ReplyDelete
  4. bagus jugak ye dalam menu dia bagitau berapa jumlah kalori..

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN