BondeZaidalifahDotCom: DAH SELESA, BERGAYA SAKAN LAH NAMPAKNYA... DENGAN VAN LELA

DAH SELESA, BERGAYA SAKAN LAH NAMPAKNYA... DENGAN VAN LELA

6:53 pm

Assalamualaikum dan Selamat Petang....

Disini Bonde ingin kongsikan kepada anda semua menariknya tudung Van Lela Instant Hoodie Collection.

Mana satu pilihan Anda?

Herhoody yang Sweet atau Hiphoody yang GorgeousMembawa pendekatan, Simple. Sophisticated. Van Lela mereka khas tudung untuk mereka yang mementingkan masa dan gaya yang minimalist. 

Dengan menggunakan material yang berkualiti tinggi dan dipakai tanpa perlu sebarang PIN, kedua-dua Instant Hoodie ini mampu digayakan dengan cepat dan amat mudah dibentuk. 

Hiphoody didatangkan dengan pelbagai pilihan warna, kedua2 tudung ini berbaloi-baloi dijadikan koleksi kasual mahupun formal.



INFO VAN LELA

Adakah anda tahu?


Hiphoody dibuat mengunakan fabrik Linen Silk, sejenis fabrik yang lembut, sangat ringan dan tidak mudah renyuk. Inner yang dijahit bersamanya pula mengunakan fabrik Cotton Lycra jenis stretchable yang fit pada muka dan sangat selesa melekap.


Dan apa yang menariknya, Hiphoody adalah tudung pertama yang menggunakan fabrik Linen Silk.



Dan apa yang paling best dan menarik, Hiphoody didatangkan dengan 20 pilihan warna yang akan membuatkan anda sukar untuk membuat keputusan kerana ianya sangat cantik sekali.




Bonde pun telah mencuba tudung Hiphoody Van Lela ni.. 

Tudung Hiphoody Van Lela memang selesa digayakan dimana juga..


Bonde telah memakainya untuk ke pejabat ternyata ianya memang selesa. Nak jawab panggilan masuk pon senang sebab materialnya tak keras dan tebal.

Sangat selesa digayakan untuk kerja-kerja Kerani Bahagian Pentadbiran seperti kemaskini fail dan pelbagai tugasan harian Bonde dipejabat, tak risau telinga tak dengar perbualan dengan pelanggan dalam talian, selalu ada material yang tebal, susah nak dengar dengan jelas perbualan bersama pelanggan semasa berinteraksi dalam talian, Hiphoody Van lela  memang selesa sekali nak cakap lama-lama pon boleh.



"Sambil update fail , sambil jawab call"


5 TIPS MEMILIH TUDUNG TANPA PERLU MEMBUANG MASA DARI VAN LELA


Di sini ada 5 tips memilih tudung agar mudah disuai-gayakan hanya dengan sekali sarung sahaja, tanpa perlu membuang masa.


1. Warna

Apabila memilih tudung untuk digayakan, lihat warna pakaian korang terlebih dahulu, kombinasi color pallete antara pakaian dan tudung yang serasi sangat penting untuk memberi impak yang sempurna dalam keseluruhan imej anda.
Tak percaya? Cuba mix dan matchkan tudung berwarna dark blue dan baju berwarna coklat suede! Anda pasti terkejut dengan keserasian color pallete ini 
Emotikon wink
2. Corak

AVOID dari mengayakan tudung bercorak bersama baju yang bercorak. Jika baju korang bercorak, pastikan tudung korang plain. Namun jika baju korang plain tiada masalah untuk mengayakan tudung yang plain ataupun bercorak.

3.Bukaan muka

Bukaan tudung pada bahagian muka mampu mengolah karekter yang berbeza kepada si pemakai, pemilihan bukaan muka yang menutup sebahagian bawah dagu dan fit pada bahagian atas dahi mampu membuatkan bentuk wajah kelihatan tirus dan kurus.

4. Design  (Paling penting)

LESS IS MORE. Cuba elakkan memilih tudung yang kelihatan sarat. Tudung yang mempunyai design yang simple dan minimalist lebih mudah untuk disesuaikan dalam apa-apa gaya sekalipun.

5. Material

Pemilihan fabrik yang bagus mampu menghasilkan bentuk tudung yang terletak cantik dan secara tidak langsung menyerlahkan lagi design tudung yang digayakan. Dalam konteks ini, berat, ketebalan dan tekstur fabrik memainkan peranan yang sangat penting.
Mudah bukan? Selamat mencuba!

Vanlela di Instagram 


cepat-cepat follow tau ada banyak design yang menarik di sana...


Untuk anda yang nak ke store berdekatan sila ke :



Klik pic diatas untuk ke FB Page Van Lela





~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

4 TEGURAN MEMBINA

  1. Suka sangat tudung ni..mudah pakai

    ReplyDelete
  2. Wah berhoody sudah bonde ke pejabat..kalau sini kat pejabat pcl xda plk nampak staf wanita pakai. belum sampai Banting lg kot..

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN