BondeZaidalifahDotCom: AUNTY TARTLETS CAFE TEMPAT MAKAN YANG HAPPENING DI SEREMBAN 2

AUNTY TARTLETS CAFE TEMPAT MAKAN YANG HAPPENING DI SEREMBAN 2

7:46 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang..

Sabtu 23 April 2016 lebih kurang jam 3.00 petang Bonde dan family dah ready nak pergi Food Riview dekat Seremban 2 iaitu di 

Aunty Tartlets Cafe

Bonde pertama kali sampai ke Pusat Dagangan Seremban 2 @ Dataran Centrio ni, Sebelum ni selalu pergi shopping dekat Mydin Mall , kalau nak tahu Aunty Tartslets Cafe bersebelahan sahaja dengan Mydin Mall senang nak cari! Guna Google Map pasti tak sesat.


Kredit pic to UncleZuan

Sebelum menikmati makanan jom tengok sekeliling cafe, Pada pandangan mata Bonde, keadaan dalam kedai memang sangat bersih.



Kerusi dan meja juga tersusun dengan kemas, ia melahirkan mood tenang dan rasa sangat selesa, teruja sangat tiba-tiba selera nak makan datang (naseb baik dapat kawal)  #nakdatanglagi




Makanan dijamin kualitinya bersih  kerana diletakkan didalam peti kaca yang tertutup.





Decorasi kerusi dan meja sangat menarik perhatian Bonde... nampak selesakan!



Jom tengok hidangan apa yang ada...dekat cafe ni terdapat macam-macam aneka menu makanan, ada menu barat dan juga menu tradisi Malaysia.


Hidangan panas Western food, Malay food, Chinese food, Puff, Tart, Cup cake, muffin, Cookies, Pavlova, Churros dan Roti dan Mini Piza. Semua menu yang ada memang kalau tengok mesti nak rasa.



Raisins Scones pon ada dekat sini tau... Dulu kalau nak makan Scones kene pergi dekat Cameron sambil minum tea... sekarang tak perlu pergi Cameron lagi... kalau nak makan Scones, dah ada yang dekat Aunty Tartslets Cafe  baik ke sini sahaja.



Raisins Scones (Menu baru)



Churros (Menu baru)



Mini Donat RM : 1.80 - 2.00 sebiji




Roti Sosej dan Mini Piza RM 4.00



Puff dan Eclairs RM 1.20 sebiji /Per Box X25 biji RM 30.00 sahaja

Selain dari Menu ringgan diatas terdapat juga menu yang agak berat seperti :
Baked Macaroni, Nasi Lemak, Sardine Puff, Chicken Curry Puff, 
Semua menu ini berharga lingkungan antara RM6 hingga RM12 sahaja. !




Nasi Lemak RM 1.00 


Lasagna Chicken RM 15.00 sahaja. sedap sangat! mesti cuba tau...




Chocholate Marble RM




Japanese Crispy Cream Puff RM 1.50 sebiji




Cheese Tart RM 1.20 sebiji /Per Box X25 biji RM 30.00 sahaja





Pavlova sedap sangat! mesti cuba tau...





Cheese Tart RM 1.20 sebiji /Per Box X25 biji RM 30.00 sahaja


Sandwich RM 3.00 Per Box




Baked Macaroni RM 10.00 sedap sangat! mesti cuba tau...


Spagheti Carbonara RM 10.00


Spagheti Aglio Olio Seafood RM 12.00



Fried Kuey Teow RM 6.00 sedap sangat! mesti cuba tau...



Cantonnese Char Kuey Teow RM 8.00 sedap sangat! mesti cuba tau...



Chicken Wrap RM 7.90 sedap sangat! mesti cuba tau...

Kalau anda sedang berdiet jangan sedih dan bimbang ada hidangan untuk anda... Taraaaa.... hidangan salad untuk ada dengan pelbagai jenis sos..



Kami 1 family gembira makan disini, semua yang kami rasa semuanya sedap!

     


Kalau bab makan ni memang kalau tengok gambar sahaja sudah kecor air liur jadi anda jangan biarkan Bonde sorang repeat makan kat cafe ni, Jomlah sama-sama... memang rekemen datang makan dekat sini, janji pergi tu jangan seorang, pergilah dengan kawan dan bawalah family sekali mereka pasti  kata sedap dan gembira kekenyangan.

Info lanjut untuk anda yang nak JJCM atau survey cafe ni.. ada dekat bawah yea.




Waktu Operasi:

Hari: Selasa hingga Ahad (tutup pada hari Isnin)

Jam: 9.00 pagi hingga 7.00 petang


Alamat:
No. 173, Jalan S2 B22
Pusat Dagangan Seremban 2
Seremban, Negeri Sembilan.




 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

12 TEGURAN MEMBINA

  1. wah pavlova..kegemaran fiqa..hehe..selalu juga g mydin n lepak dekat centrio..tp belum ada kesempatan nak g sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pavlova sedap tau!... kecik-kecik makan tak muak

      Delete
  2. Semua nampak sedap! Deko kedai pun simple & nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa singgah Mama kalau pergi Seremban

      Delete
  3. sedapnyaaaa semua makanan tuhh.. menyelerakan .

    ReplyDelete
  4. Memang sedap.. yang paling jue suka spaghetti aglio olio tu.. yummy betul!!!

    ReplyDelete
  5. sedapnya,..ada satu-satu masa mmg saya mencari kedai yang mcm ni,..nk makan desert shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Lynda, boleh je pilih nak makan yang berat atau yang ringan2

      Delete
  6. selalu juga ke Mydin dan Centrio tapi tak perasan pula ada cafe ni..... nanti nak cuba dia punya Lasagna lah........

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak pegi seremban 2. Lepas ni kalau pegi sana, nak kena singgah auntie tartlet ni. Nak scone & cheesetart

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN