BondeZaidalifahDotCom: TANDA AWAL STROK HABA

TANDA AWAL STROK HABA

11:12 am

Asslamualaikum dan Selamat Pagi...

Apa Khabar Semua, 2 hari Bonde tak bersiaran kerana berehat dari demam Panas sejak Jumaat yang lepas.  Panas suhu badan cecah 39.  Demam yang kejap datang, kejap pergi, buat badan jadi lesu dan tak bermaya.  Selera makan jadi kurang hingga satu masa apa yang dimakan turut keluar bersama-sama dengan ubat yang dimakan. Hilang nikmat sedap seketika.

Memandangkan pada masa yang sama Fatin pun dah berjangkit demam (naseb masa cuti sekolah) jadi kami berdua berehat dirumah.

Bila pikir punya pikir tanda-tanda seperti sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh, muntah-muntah dan macam tanda-tanda "Strok Haba" (mohon jauhkan....)

Penyakit femes yang selalu keluar dekat surat khabar dan iklan dekat tv seperti :

APA ITU STROK HABA?

strok-haba,strok haba,haba-panas,cara-mengenal-strok-haba

Bahaya Strok Haba
Oleh:Emy Haznida, Rapi 

laman KKM

Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius. Penyakit ini dianggap satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation). 

Ciri utama strok haba ialah ketinggian melampau suhu badan (hipertemia) dan berkaitan rapat dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ dimana kebiasannya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. 

Pada suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Kelembapan persekitaraan yang mencapai 100 peratus menyusahkan penyejatan peluh dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba. 

Nak tahu tanda-tanda awal strok haba baca bawah ni...

Tanda awal strok haba:

  • Sakit kepala berdenyut 
  • Mual 
  • Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas 
  • Denyutan nadi yang pantas 
  • Otot lemah dan kejang 
  • Muntah/rasa hendak muntah 
  • Kulit kering dan kemerahan 
  • Sawan 
  • Pitam 
  • Tangan dan kaki menjadi sejuk
Jika anda rasa ada tanda-tanda awal berikut segeralah rawat dari awal...

Cara rawat mangsa strok haba: 

Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba 


Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa 

Bawa mangsa ke tempat teduh, atau 

Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau 

Mangsa ditempatkan di bawah kipas 

Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau 

Rendam mangsa di dalam kolam air 

Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’ 
Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara pencegahannya pula seperti dibawah ini..


Cara pencegahan strok haba:
Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas


Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari 


Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum 


Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala 


Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen

Pencegahan yang boleh dibuat 



Perkara yang paling penting untuk mencegah strok haba ialah mengelakkan diri dari kurang air atau dehidrasi. Elakkan aktiviti fizikal yang lasak ketika cuaca panas dan lembap. 

Sekiranya anda terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, pastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi. Jauhkan dari minuman keras atau minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman-minuman tersebut boleh menyebabkan kekurangan air. 

Info:- Badan anda memerlukan tambahan elektrolit seperti sodium dan cecair sekiranya anda telah berpeluh dengan banyak di cuaca panas. 

Berehat secara kerap untuk memastikan anda dapat menambah cecair badan dengan air kosong dan pengambilan minuman isotonik. 

Walaupun kedengaran remeh, tetapi anda disarankan untuk memakai topi, pakaian yang longgar, dan berwarna cerah untuk menyejukkan badan. 

Ingat! Jangan sekali-kali anda tinggalkan anak atau haiwan di dalam kereta yang berkunci di cuaca yang panas.



Moga info diatas dapat membantu fahaman anda tentang "Strok Haba" moga kita semua dilindungi, InsyaAllah. Aamiin.



~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

2 TEGURAN MEMBINA

  1. moga cepat sihat ye bonde..anak-anak pun mula demam ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah saya tak ada tanda tanda tu :) Moga sis cepat sihat k? Inshaallah.

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN