SINOPSIS UDA DAN DARA - [Drama Adaptasi Novel]



Assalamualaikum... dan Selamat Petang,

Lama Bonde menantikan agar novel ini diadaptasi... 

Novel Uda Dan Dara


Disebabkan Aisya Sofea memang penulis kesukaan Bonde, Tak heranlah kalau semua Novel Aisya Sofea menjadi koleksi peribadi Bonde.


Jom preview :

SINOPSIS NOVEL UDA DAN DARA


Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Versi Drama

SINOPSIS UDA DAN DARA - Drama Adaptasi Novel


Global Station Sdn Bhd akan membawakan drama terbaru adaptasi novel Uda Dan Dara karya Aisya Sofea. Diarahkan oleh Ejump Zahir. Pelakon utamanya ialah Zul Ariffin dan Siti Saleha. Turut dibintangi oleh Idris Khan, Zuhairah Zahir, Ezzaty Abdullah, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Dijangka tayangannya pada bulan Mac nanti di saluran Astro Ria. Info lain akan dikemaskini kelak.

JUDUL : UDA DAN DARA
EPISOD : 60
TARIKH / MASA : 24 Feb 2016
NOVELIS : Aisya Sofea
PENGARAH : Ejump Zahir
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Siti Saleha, Idris Khan, Dilla Ahmad, Anis Al-idrus, Dynas Mokhtar, Zuhairah Zahir, Ezzaty Abdullah, Arash Mohd, Sherry Merlis, Nazia Mustafar, Atiqa Farhana, Shahrul Nizam, Balkisyh Semundur Khan, Putri Damia, Dania Syafi, Firdaus Ghufran, Amai Kamarudin, Shakilla Khoriri, Tash Yong







~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. macam best je citer ni..tapi umah xde astro..xleh nk tgk..uhhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Novel best... Zatie nnt tgk on line jer bonde share link

      Padam
  2. Macam best jek Bonde...saya kena tunggu masa free utk marathon hihi :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah kita ... Bonde pon marathon hr Sabtu atau tengok online je :)

      Padam
  3. Tak sempat nak layan kali ni.. Hehe..

    Jemput baca dan komen di entri

    3 Sebab Kenapa Ramai Orang Kita Muda-Muda dah Papa Kedana?

    http://www.erazfadli.com/2016/03/3-sebab-kenapa-ramai-orang-kita-muda.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea ke... nnt boleh layan secara online ye..

      Ok nnt Bonde terjah

      Padam
  4. nak kena baca novel baru best...takutt nnt tak sbar nk tau apa next episod

    BalasPadam
  5. tak sempat baca novel..tengok di tv je..nampak macam best

    BalasPadam
  6. Best ke cite ni? Dok tgk ramai yg layan, tp kite x berkesempatan nak layan lagi :(

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.