BondeZaidalifahDotCom: PORT MEMANCING ALA-ALA RESORT PERCUTIAN MEWAH

PORT MEMANCING ALA-ALA RESORT PERCUTIAN MEWAH

2:54 pm

Assalamualaikum...

Pagi ni Bonde nak cerita tentang tempat best port memancing.. Bonde dah survey tempat ni bulan lepas pada 11-13 Februari 2016 dan nak pergi sekali lagi untuk next trip minggu depan... InsyaAllah kali ni akan bertambah lagi ahli serta bawa family... semuanya memang kaki pancing...Yahuuuuu bestnya..

lokasi memancing adalah terletak di Daerah Kota Tinggi, Johor iaitu Tanjung Buai dan kami telah memilih :

JOJO RAKIT, TANJUNG BUAI

Jojo Rakit terletak di Tanjung Buai, Teluk Sengat. Jaraknya kira-kira 30 kilometer dari Bandar Penawar, Desaru. Tetapi daripada jarak itu, 9 kilometer adalah melalui jalan kampung dan ladang kelapa sawit.

Segala kemudahan di sediakan untuk kegunaan yang datang bersama keluarga dan kawan-kawan seperti :

karaoke, barbeque, dapur, kiosk menjual barang ringan, mini café, wakaf (gazebo) untuk sembahyang atau berehat.

Semasa kami sampai di Jeti Tanjung Buai :

Air masih surut dan masih gelap lagi... kami sempat bersarapan di sebuah gerai yang terdapat ditepi jeti Tanjung Buai.





























Tempat Karaoke


Barbeq



Dapur



Mini Cafe 


Gazebo


Surau terbuka

Jojo Rakit mempunyai 8 bilik dan tiga bilik air. 

~Bilik besar yang boleh memuatkan lima orang Cuma RM100 sehari

~Bilik sederhana RM80.

~Bilik kecil RM70. 

Setiap bilik dilengkapi katil, kipas dan televisyen di mana pengunjung boleh menonton kira-kira 20 saluran Indonesia, Singapura dan Malaysia dengan jelas.

Disebabkan kedatangan kami kali ni adalah kali pertama dan memang niat nak memancing bilik yang kami sewa untuk kali ini adalah bilik kecil Rm 70 (sewa 2 buah)




Kami pilih bilik kecil RM 70.00 terdapat katil single 1, extra 2 tilam dan extra toto,  dan batal sangat selesa bagi yang nak duduk dalam bilik.. boleh open tingkap dapat angin laut dan tutup tingkap open aircorn.



Kemudahan lain.. Peti Pertolongan cemas (first Aid Kit)









Pemandangan di sekitar Rumah Rakit... waktu siang











Pemandangan waktu malam








Sebelum balik kita pose dulu... lock kenangan disini.












bye-bye Jojo Rakit







Pemandangan dari atas Jeti... moment cantik..











Bagi mereka yang ingin menginap boleh menghubungi
Syed Ben Bella Syed Agil Al Habshee @ Bella 
di talian 
013-7905485, 013-7754656 dan 013-7705220 
atau emel:
 rakitjojo(@)yahoo.com

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

8 TEGURAN MEMBINA

  1. ada style la bonde memancing... hehehehee.. :)
    ain tak pandai dan tak sabar...

    :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. memancing kene Sabar....

      tu lah Bonde Style namanya

      Delete
  2. Cantikya rumah rakit a.k.a chalet terapung dia. Memang sesuai kalau berkeluarga ke situ. Ambil pengalaman duduk atas laut, rasa angin dan membuai dia. Boleh cuba duati hari nanti. Inshaa Allah. Anyway, perkongsian yang menarik. Ikannya mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul.... memang happening sangat...

      Ya Ampun... gambar ikan memang kami terlupa nak ambik... terlebih gembira sampai lupa nak ambik pic ikan, lepas tu siap-siap masak untuk dinner malam tu jugak.

      next time mesti ingat nak ambik pic Ikan!

      Delete
  3. mana gambar ikan? nak tengok gambar ikannnnnn !! huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama seperti komen diatas En HH Pic Ikan dah mmg lupa nak ambil! Pic ikan x de buat kali ini, next time mesti dah ingat, kene ambik pic ikan.. sebab tu orang akan tengok...entri kita kan!

      next time tak lupalagi... Kesilapan besar kali ni... bila lupa ambil pic ikan.

      Delete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN