KENA CUBA KAMBING BAKAR BBQ DARI AA SUPERGRILL YANG SUPER SEDAP!



Assalamulaikum Dan Selamat Pagi....

Baiklah sebenarnya, Bonde saja pilih tarikh 5 Mac 2016 bersamaan Hari Sabtu nak pergi JJCM ke Subang Bistari... mencari Kambing Bakar BBQ AA Supergrill yang bersos lada hitam.

Bonde nak kongsikan tempat makan sedap di Subang Bistari iaitu : 

AA SuperGrill Kambing Bakar BBQ




Memang minat sangat duduk depan kuali boleh tengok macam mana cara nak masak kambing grill ni... Bonde difahamkan sakali masak 1 bungkus kambing beratnya adalah 5 kg tau!





Kambing


Roti






Siap sudah menu Kambing Bakar BBQ kami...


1 Set kambing Bakar BBQ AA Supergrill berharga RM 10


Kambing ni memang sedap dimakan masa panas-panas lagi... Bonde lebih suka makan di sini daripada tapau bawa balik.


fatin memang peminat Kambing Bakar BBQ dan Kambing Grill, tak heranlah kalau dia yang paling teruja nak pergi makan Kambing ni tau!



Seha pula dah banyak kali di ulang kata-kata ini...ayatnya begini, sebelum ni dia memang tak makan kambing katanya...

Seha belajar makan kambing dari family kami.. sekarang dengar je kami nak JJCM makan kambing cepat je dia nak follow... 


comment Seha :

Kambing Bakar BBQ di AA Supergrill memang sedap, kambingnye masak rata, lembut dan sosnye pula sesuai di makan bersama kambing, Seha mencadangkan supaya letakkan sayur Salad @ kobis mayonis di setiap hidangan dan katanya lagi,  Kambing tak bau tu yang penting!


Comment Kanda pula, tak nak cakap lebih, dia pon puji Kambing Bakar BBQ ni sedap dan semasa makan tu siap update kat kawan-kawan lagi makan Kambing Bakar BBQ kat tempat sedap... kawan-kawan pon tanya macam-macam... siap promote lagi...


Penuh perasaan makan... memang menghayati...


Comment dari Bonde pula....



Memang sedap sekali.... Alhamdulillah nak tambah lagi boleh?


Setiap 1 hidangan akan ditimbang sebanyak 200 gram, Encik Haslam membuat kaedah timbang ini agar setiap hidangan mempunyai berat yang sama supaya pelanggan tidak rasa tertipu.  Saya setuju sekali cara perniagaan yang dibuat oleh Encik Haslam.  Beliau jujur dalam perniagaannya.



Bonde masuk dapur, nak cuba masak kat dapur AA Supergrill



Bonde tak ketinggalan tapau 1 botol sos lada hitam 
1 botol ni RM 5 sahaja.


Jemputlah datang yea...



trademark :AA Super Grill   :

"Mok kito maroh, jual mahal"


Info AA Super Grill  : 
IG : https://www.instagram.com/aa.supergrill/
Fb : https://m.facebook.com/aasupergrill/
En Aslam (founder) : 019-6340294

Waktu operasi : Isnin- Khamis 630ptg-1030mlm
Jumaat -sabtu 630ptg-1200mlm
Ahad tutup

Alamat : Food Court Tat Nasi Ayam, U5 Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor. (Berdekatan LEMBAGA GETAH MALAYSIA dan HELP UNIVERSITY)

*Sedia menerima tempahan utk majlis korporat, jamuan hari raya, rumah terbuka, majlis kahwin, majlis tunang dan lain-lain..

*Sos dan frozen juga ada dijual.

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.