BondeZaidalifahDotCom: KEMBARA #KBBA9 KE TAMAN NEGARA

KEMBARA #KBBA9 KE TAMAN NEGARA

12:00 am

Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Kembara Kelab Blogger Ben Ashaari Ke Taman Negara telah diadakan pada 19-22 Februari 2016 yang lalu... Kalau dihitung hari ini genap seminggu Kenangan Kembara KBBA9 walaupun telah berakhir tetapi memori  dan kenangan amat sukar dilupakan.  Setiap kali tengok "hand phone" mesti nak tengok gallery photo folder Taman Negara.

Persiapan sebelum mengikuti kembara disini.

KEMBARA KELAB BLOGGER BEN ASHAARI KE TAMAN NEGARA


kembara ke Taman Negara hasil kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari dan Han Rainforest Resort

Memang menyesal rasanya kalau tak pergi... Naseblah dah bagi nama awal-awal lagi dan dengan hati yang resah gelisah serta menghitung hari, detik demi detik haaah dah macam lagu dah.  menunggu hari untuk pergi iaitu pada 19 Februari 2016 hari Jumaat.  Di sebabkan kene berkumpul di Matic Kuala Lumpur Bonde ambil hafday pada hari itu, disebabkan tak pernag ke Matic, Bonde planning nak follow sekali rakan-rakan blogger yang saing dari Putrajaya Sentral berkumpul untuk ke Matic bersama Yaya Cendana, Mas, Zura dan Abang Korie.

Dan... ini adalah kali pertama berjumpa dengan Mas dan Zura... (sesi berkenalan dan beramah mesra gitu)

Kami bertolak dari Putrajaya Sentral jam 4.30 petang disebabkan tak mahu terperangkap dalam kesesakkan lalulintas warga KL yang pulang kerja jam 5.00 petang.  Alhamdulillah traffik bergerak lancar.

Sementara menunggu rakan-rakan yang lain sampai, kami lepak-lepak disekitar bangunan Matic hingga jam 8.30 malam dan bas bertolak ke Han Rainforest Resort jam 9.00 malam.


Day 1



Gambar kami sebelum bas bertolak ke Han Rainforest Resort, Taman Negara, Pahang.

Penginapan Bonde di :


 Han Rainforest Resort


Sebilik dengan rakan baru Yuyin namanya... kami sampai jam 2.30 pagi dan terus diberi bilik untuk berehat.. No bilik 230 lock!


Rehat esok nak bagun pagi, untuk aktiviti:

Trekking dan Canopy Walk-way


[Day 2]



Jeti Kuala Tahan, naik boat untuk ke Taman Negara.



Tak sampai 5 minit dah sampai Taman Negara. dekat je pon!


Sampai sudah... Taman Negara! 

Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti trekking pagi ni.. Tak nak lupa nak bubuh senarai nama ahli kumpulan Bonde :
Blogger Lelaki : Zarin,Shark,Aznan, Abam Korie, Razi dan Wak Jeni
Blogger wanita : Mummy Julia,Farah, Wendy dan Bonde


Nampak tak keterujaan kami nak trekking... pada permulaan semangat sangat berkobar-kobar




Sempat lagi kami berposing semasa jungle trekking, macam-macam ragam kelakar pon ada bila preview photo-photo group yang diambil (ala-ala otoman) 





Ni photo kami tak tahu kemana hala tuju....



Chek point, Bukit Teresek 800 M dan Titian Kanopi 1 KM mana satu nak pergi ni...


Bonde tidak dapat meneruskan perjalanan kerana kurang stamina... Rehat sebentar menunggu rakan-rakan lain disini dan akan sama-sama menaiki Canopy Walk-way

Canopy Walk-way atau Titian Silara 


bayaran dikenakan RM 5 untuk seorang.

Selepas tamat sesi meniti Canopy kami balik ke Han Rainforest Resort untuk sesi makan tengahari dan solat.

Kami diarahkan untuk mengemas beg kerana pada malam ini, aktiviti selepas Rapid Shooting adalah bermalam di Perkampung Dedari tidur dalam khemah di hadapan Sungai.

Rapid shooting atau boat race

memang sukan ni lasak sekali, sila pastikan telefon dan camera anda telah dilindungi dengan cover waterproff atau letak dalam dry bag.


Sampai di Kampung Dedari... dengan basah kuyup dan kesejukan...
(Group photo 1)

Perkhemahan

Siap-siap pasang khemah (3 orang dalam 1 Khemah Bonde, Yuyin dan Kecik)

Perkhemahan ini, mengingatkan kami erti bersyukur dan mendalami dan merasai kehidupan kaum batik yang tinggal disitu hanya bebekalkan flora dan fauna serta hasil hutan.  Tak semua dapat merasai nikmat sebegini. 

~Tiada bekalan air bersih
~Tiada bekalan elektrik
~Tiada line telekomunikasi dan internet
~ Solat berjemaah diatas canvas plastik

Mandi Sungai


lepak depan unggun Api

Bangun pagi kemas-kemas untuk melawat kaum batek di Kampung Dedari dekat jer belah atas.  Kami bercamping dibawah tepi sungai.




Group Photo sebelum lawatan ke Perkampungan Dedari.

Aktiviti di Kampung Dedari

- Cara Menyupit
- Cara menghidupkan api

Next Aktiviti :

 Kembara 4WD (4 Whell Drive) ke Sungai Tembeling




Lokasi seterusnya adalah kembara 4WD,  1 4WD dinaiki oleh 6 orang peserta, Disebabkan perjalan agak mencabar melalui cerun-cerun bukit dan agak jauh juga untuk sampai ke Sungai Tembeling, kami singgah sebentar di Kampung Pagi. Kampung Pagi ada banyak sejarah Bencana Alam tahun 2015 iaitu banjir, dapatlah kami melihat bekas-bekas akibat banjir.

seterusnya mandi di jeram Hutan Lipur Tembeling...



Next Aktiviti : Balik ke Han Rainforest Resort
Makan malam dan Karaoke


Karaoke





[Day 3]

Majlis Pecah Tanah dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia.




Group Photo KBBA9 Taman Negara









Majlis Pecah Tanah di rasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati




Majlis menandatangani Han Rainforest Resort oleh YB Datuk Mas Ermieyati dan Encik Bakar.



Penyampaian cenderahati oleh Encik Ben Ashaari selaku Pentadbir Kelab Blogger Ben Ashaari kepada YB Datuk Mas Ermieyati



Bergambar bersama YB Datuk Mas Ermieyati


Lawatan ke Kapsul Danz Eco Resort

Dan Majlis Perasmian Kapsul mengiringi YB Datuk Mas Ermieyati





Next aktiviti :

Lawatan bersama YB Datuk Mas ke Perkampungan Orang Asli Kampung Dedari




Penerangan mengenai suku kaum batek 



Belajar cara menyumpit





Belajar cara menghidupkan api



Kanak-kanak kaum batek



Bergambar bersama YB Datuk Mas di Perkampungan Dedari

Sekian sahaja cerita Kembara Kelab Blogger Ben Ashaari.




Sumber Photo kredit dari Peserta #KBBA9TamanNegara
Terima kasih diucapkan.

Terima kasih kepada semua penaja yang menyokong program kali ini. 
#HanRainforestResort : Penaja penginapan, transport, aktiviti dan makan minum. 
#Camelus : Produk berasas susu unta. 
#Cosmoderm : Penaja produk penjagaan diri. 
#Yeos : Penaja Minuman Berperisa. 
#MinumPranJuice : Penaja Minuman Berperisa. 
#HeroesManWashbyNanafaBeauty : Penaja Produk Penjagaan Kesihatan Lelaki #KBBA9 #KBBATamanNegara

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN