BondeZaidalifahDotCom: 1stEFGATHERING YANG SANGAT MERIAH...

1stEFGATHERING YANG SANGAT MERIAH...

9:59 pm

Assalamualaikum... Selamat malam,

Apa Khabar semua, memang teruja nak cerita tentang 1st EFGathering ni, Dalam 3 bulan masa diambil nak set jadual dan perancangan nak adakan EFG Gathering ni... Maklumlah semua ada komitmen lebih penting yang hendak laksanakan sebagai Ibu, Pekerja dan Pelajar.. termasuklah Bonde sendiri dan kesihatan kebelakangan ini pula kurang memuaskan, jadi terbatas sedikit pergerakkan kalau kesihatan tidak berada dalam peratusan 100 %.

Alhamdulillah,
Akhirnya, dapat juga Bonde join EFG Gathering ni... Pada Sabtu, 19 Mac 2016 yang lalu, Kalau tak pergi EFGathering, mesti nages tepi tiang. (hu hu hu). 

Terima kasih kepada Ain Dramatiq Uniq yang sudi tumpangkan transport untuk ke lokasi EFGathering di Meru, Klang.

Seronok dapat jumpa semua ahli EFG yang dapat join pada Sabtu lepas. Maklumlah sebelum ni kenal dalam group whatsapp je, ini adalah peluang nak kenal depan-depan..dan bermesra bagai satu keluarga besar.

Ada juga dikalangan ahli EFG yang tak dapat join kerana ada komitmen lain.. Bonde berharap ada rezeki akan berjumpa jua satu hari nanti InsyaAllah.. Aamiin.


Tema Pink untuk Khemah dan kerusi meja yang disediakan dan tajaan oleh :

Majesticevents Sdn Bhd

Menarik sekali majlis Gathering ni dah macam majlis kenduri kahwin tau... Meriah sangat..



Gambar dibawah ada ahli-ahli EFG yang join EFGathering.


Tak sangka tema "Turquoise " yang kami rancangkan akhirnya menjadi kenyataan.. Yang hawa nampak cantik dan yang adam nampak kacak dan bergaya.. Cuma ada sorang tu keliru tak jumpa warna turquoise jadi dia pakai warna lain.. tak pe maafkan beliau :) (hik hik hik)


macam-macam gaya ada!






free style Ceria semua!







gambar kat atas ni adalah gambar diakhir majlis..

Jom Bonde bawa anda untuk meninjau sepanjang Majlis berlangsung.. di sebalik tabir....

Di Sebabkan Blogger Ain  dari http://www.dramaticuniq.com/ yang bawa Banner ni, sampai-sampai terus je Jejaka-jejaka tampan EFG memasangnye. (Jejaka-jejaka itu : PCL,Ewan,PapaG & Along)








Majlis pagi itu dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan doa selamat.  Moga perjalanan majlis dirahmati dan diberkati InsyaAllah, Aamiin.

Diketuai oleh : PCL


Sementara ahli lain membaca surah Yasin di dalam, Diluar pula Bonde, KC, Dayah dan Ain selaku tukang kemas dan susun produk dari penaja ...



Pengacara Majlis pada sesi pagi ialah Blogger Ewanto dari blog http://www.wayneharraz.com/





Kami bersedia mendengar hujah-hujah dari Pengetua EFG.


Terima kasih Mommy Irra menubuhkan EFG dan setahun usia group EFG ni pejam celik, pejam celik... banyak ilmu Blog Bonde pelajari...
~Tukar feed
~ Baca UV n PV
~ Strategi nak naikan traffik blog
~Review produk
~Iklan di blog
~Share berkaitan Blog
 Syabas dan Tahniah!



Ucapan dari PCL



Ucapan dari Eny





Sementara Mommy berhujah, ahli-ahli yang lain merebut peluang yang ada bergambar di Photo booth Kotaklense.


Cabutan bertuah yang pertama...


Bonde diminta membuat cabutan... sekali nama PCL yang naik... Tahniah PCL boleh hadiahkan kepada MamaD..

Penaja shawl dari Qesyamin

Seterusnya slot game : Teka Silang Kata 1stEFGathering
Disebabkan game ni Bonde yang buat soalan jadi Bonde tak boleh main.. jadi permerhati sahaja...

Teka silangkata ni berkisahkan nama-nama ahli EFG... Soalan pula senang sahaja.. jika ahli-ahli semua kenal latar belakang dan blog sesama ahli EFG memang kacang je nak jawab

Jom tengok diaorang menjawab soalan silangkata dari Bonde...


khusyuk semua.....hi hi hi dayah nak tiru ke ?


KC dan Nani tulis kat tiang... Nani paling cepat jawab semua dah complete awal lagi... tapi tak dapat hadiah...


 PapaG takde pen pulak... kata nak menang!



Ada kekeliruan sikit Mas sempat tanya kat Bonde... soalan 7 adalah terbatal he he he


Berebut hantar jawapan...dekat Ewanto

Selepas game teka silang kata... makan tengahari di taja oleh: 

Cafe Cerita Kambing



lepas makan semua rehat dan solat

exchange-feed-group

Pengacara Majlis sesi petang diambil alih oleh PapaG semua ahli EFG ada bakat terpendam jeles Bonde!

Alhamdulillah program yang diadakan ini mendapat sponsor yang sangat mengujakan semua. Terima kasih kerana menaja dan memeriahkan gathering kami.



Biobax Cool Therapy
Biobax Cool Theraphy 
#biobaxcooltheraphy



Kelantan City Tour Xcelltravel
Kelantan City Tour Xcelltravel 
#xcelltravel



Alludra International (Jus Orlin)
#orlin


Kotak Lensa Instant Photo Booth
Kotak Lensa 
#kotaklensa #instantphotobooth
IG: kotaklensa 


The Violet Sofia
The Violet Sofia
#thevioletsofia
#almumayyazbyvioletsofia



Fennelle Beauty
#fennellebeauty 
#fennellerenewalserum


VCO NUTRASENSE
VCO NUTRASENSE
#VCO #Nutrasense
IG: nizam84


Nizar Faez Studio
Nizar Faez Studio
#nizarfaezstudio


VanLela Hiphoody
VanLela Hiphoody
#hiphoodyvanlela


Balloon Decoration


Majesticevents Sdn Bhd
Majesticevents Sdn Bhd
#khemahkahwin



Cafe Cerita Kambing
Cafe Cerita Kambing
#cafeceritakambing #kambingbakar


Produk Kesihatan Forever
#aloeveraklang0136283485
#aloeverashahalam0136283485

Qaseh Zamri Collection
Qaseh Zamri Collection 
 #qasehzamricollection

Yusmizee Naturopathic Center,  Alor Gajah Melaka

#yusmizeenaturopathic


Qesyamin
#qesyamin


RaisahRafhanah
#headchain #flowercrown


Hazirah
#muchochocolatechips



Sakura Sasuke
#sakurastyle


Acit Guest Book
#hantaranmurahsaya


LadyDaissy Pastry
#LadyDaissyDoorgift


Design&Printing 
#dexsignprinting


Aniq sya 
#aniqsyaquqiz


Homemade Cookies 
#myhomemadecookies


Jus kedondong asam boi 
#manjavakedondongasamboi
FB: Man Java 



Reqa Creative
#reqacreative
FB: reqacreative 

Alhamdulillah! majlis berjalan dengan jayanya! 

bersambung di next entri pengenalan kepada produk-produk tajaan.




~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

14 TEGURAN MEMBINA

  1. Seronok kan bonda? Tapi I kesian ngan fatin. Harap die cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg happy sangat sesekali dapat berkumpul macam ni...
      Fatin out mood dia sebab tak sihat.. harap cepat sembuh sebab dah mula sekolah InsyaAllah.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. ini betul bukan cobaaannnnnn he he he he

      Delete
  3. Hahaha Abe We tak kenal warna.. hahaha... Tapikan,,sampai sekarang Along nak bangkang! Haha... Ada ke patut nama Abang ARMTARO lebih kurang macam super hero? Tu macam hamster adalah.. kekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak baik Along gelakkan... hi hi hi nnt Abf We merajuk dgn Along Bonde tak tahu...

      Pasal nama ala2 superhero tu... kan Ala2 je bukan betul2 kan kan kan

      Delete
  4. hehehehhe... first time jumpa Bonde walau rumah kita dekat2.. :)

    maaf la kurang selesa sepanjang perjalanan.. sebab bawa banner yg panjang tu.. hahahahhaa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apapun sangat berterima kasih dan bersyukur sebab dapat tumpang kalau Ain tak bawa Bonde memang tak sampailah...

      terima kasih dekat Pokchik jugak tau!

      Delete
  5. Tak boleh lupa soalan silang kata bonde.. pcl mmg tak pick up .. jawwb separuh je.. terbaik bonde.

    Macam nak bergathering lagi.. lepas ni kita buat out door pulak. Cari sponsor yg best lagi.

    ReplyDelete
  6. Apepun #1stEFGathering tetap best.. :)

    ReplyDelete
  7. meriahnya bonda..apapun tahniah atas kejayaan 1st gathering ni...

    ReplyDelete
  8. seronok dapt jumpa live..moga ukuwah kita berkekalan. Amin ;)

    ReplyDelete
  9. hehe..semua orang seronok dgn teka silang kata..briliant idea bonde..hehe tq

    ReplyDelete
  10. seronoknyaa ramai2 gather together =D

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN