BondeZaidalifahDotCom: SINOPSIS ISTERI VS TUNANG

SINOPSIS ISTERI VS TUNANG

12:13 pm

Assalamualaikum...

Selamat tengahari... Apa Khabar hari ini, moga semua sihat sahaja...

Mulai hari ini...1 Februari ada drama terbaharu tau, mengantikan drama Sha Dan Shah iaitu Drama Isteri VS Tunang..

Kalau nak tau sinopsis bolehlah baca dekat bawah ni..

ISTERI VS TUNANG

SINOPSIS ISTERI VS TUNANG

Cerita ini berkisahan...


Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.

Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.

Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.

Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

“Ketentuan yang tidak pasti... itulah meresahkan hati.”

Dan Drama Isteri VS Tunang akan mula ditayangkan di kaca tv mulai 1 Februari 



info : Cube Film Sdn Bhd 

Tajuk: Isteri vs Tunang 
Tarikh : 1 Februari 2016
Masa:  10.00 Malam
Terbitan: Cube Film Sdn Bhd 
Pengarah: Michael Ang 
Pelakon: Scha Al-Yahya, Hisyam Hamid, Sharifah Sakinah, Lia Natalia, Fahad Iman, Shah Rezza, Liza Abdullah

Barisan Watak Pelakon Isteri vs Tunang

Hisyam Hamid sebagai Zaim Azfar 
Scha Al-Yahya sebagai Alana Sofea 
Sharifah Sakinah sebagai Amira Irdina 
Lia Natalia sebagai Putri 
Fahad Iman sebagai Zain Aryan 
Shah Rezza sebagai Dahlan


Selamat Menonton :)

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN