MASUK HUTAN.. PERSIAPAN???

by - February 19, 2016

Assalamualaikum dan Selamat pagi...

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu kunjung tiba juga,  Kembara #KelabBloggerBenAshaari ke Taman Negara bermula hari ni hingga isnin nanti dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. 

Semua persiapan telah di sediakan dan telah siap untuk dibawa, diharap semua keperluan mencukupi.

KEMBARA KELAB BLOGGER BEN ASHAARI KE 

TAMAN NEGARA


Moga diberi kesihatan yang baik sahaja sepanjang... kembara ini, InsyaAllah Aamiin.


Cover HP ni baru beri semalam.. 1 untuk Lenovo.


1 lagi HP Untuk Samsung


Semalam Bonde sempat cari slepping bag yang tersimpan dalam stor, mengambil masa 2 jam geledah stor sebab dah tertindih-tindih dengan banyak barang.

Alhamdulillah akhirnya jumpa...

Bagpack ni 50 L, masuk trip kali ni, dah 3 kali dibawa ke Taman Negara.  Selalu guna time kursus teambuiling dan trip pi pulau je.. he he he

Kasut getah,  baru dibeli kerana kasut yang lama tak jumpa dan tak tahu dah letak mana.  Beli baru RM 9.80 (dah naik harga mungkin getah mahal sekarang)

Dry bag penting sebab nanti naik boat comfirm basah-basah kene air.  (jadi untuk elak barang-barang semua basah masuk dalam dry bag)


Bag pack yang penuh-penuh ni, semua barang-barang yang dibawa untuk keperluan diri seperti  baju tshirt, track bottom, stokin ubat-ubatan dan lain-lain keperluan lagi.

Dah Siap sumbat semua barang-barang dalam bag... jadilah begini.  terujanye rasa.

Dan... nak ucap, Terima kasih kepada semua penaja yang menyokong program kali ini. 

#HanRainforestResort : Penaja penginapan, transport, aktiviti dan makan minum. 

#Camelus : Produk berasas susu unta. 

#Cosmoderm : Penaja produk penjagaan diri. 

#Yeos : Penaja Minuman Berperisa. 

#MinumPranJuice : Penaja Minuman Berperisa. 

#HeroesManWashbyNanafaBeauty : Penaja Produk Penjagaan Kesihatan Lelaki #KBBA9 #KBBATamanNegara

You May Also Like

3 PEMBERI ULASAN

  1. jage diri bonde..semoga selamat pergi dan pulang.. have a nice trekking.. :)

    ReplyDelete
  2. have fun & stay safe kat taman negara nnt ya. bestnya!

    ReplyDelete
  3. semangat betul bonde..SA nanti jadi tukang like je la..nak buat acaner kena kerja..kalau tak sure leh jumpa bonde kan

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang