BACA ONLINE : [TUNDUKKAN PLAYBOY ITU]



Assalamualaikum dan Selamat Malam,

Disini Bonde nak kongsikan Link Novel "Tundukan Playboy Itu" dari Blog Penulis Novel bernama "Anjell" Untuk pengetahuan semua, Novel Tundukkan Playboy Itu akan diadaptasi ke Drama, bagi anda yang tak ada novel ingin review terlebih dahulu, anda bolehlah membaca di sini :

SINOPSIS


Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tidak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.


"I tak rasa boleh terima you kerja kat kompeni ni.. Tapi... kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja." - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey.. Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

"Saya berdoa encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti." - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tidak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana penahan mata, jiwa buaya Harraz serius ditunduk. Gila! lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaany buat Nurin terlopong tiga ssat.

"Tundukkan Harraz, tundukkan playboy itu." - PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

Untuk pengetahuan semua, Novel Tundukkan Playboy Itu akan diadaptasikan ke drama yang bertajuk Tundukkan Harraz Naufal yang memberi gandingan Uqasha Senrose bersama pelakon baharu Hafidz Roshdi.

BACA ONLINE : [TUNDUKKAN PLAYBOY ITU]










Drama Tundukkan Playboy itu



Selamat Membaca

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan