BondeZaidalifahDotCom: APA ITU VIRUS ZIKA?

APA ITU VIRUS ZIKA?

10:36 am

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Isu hangat dekat berita sekarang ni, tentang Virus Zika,

Apa itu Virus Zika?



Virus Zika merupakan sejenis virus daripada keluarga Flaviviridae dan genus Flavivirus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes. Virus ini boleh memberi kesakitan yang ringan kepada manusia dan ia dikenali sebagai demam Zika atau penyakit Zika, dimana penyakit tersebut mula diketahui berlaku di kawasan khatulistiwa Afrika dan Asia sejak 1950-an.
Kesakitan tersebut adalah satu bentuk penyakit ringan daripada demam denggi,[1] dimana ia dirawat melalui rehat[2] dan tidak boleh dicegah melalui ubat-ubatan atau vaksin. Penyakit Zika mempunyai kaitan dengan demam kuning dan virus Nil Barat yang dibawa oleh flavivirus bawaan artropod yang lain.
Pada 2014, virus ini merebak ke timur merentasi Lautan Pasifik ke Polinesia Perancis, kemudian ke Pulau Easter dan pada tahun 2015, ia merebak ke Amerika Tengah, Caribbean dan kini ia merebak ke Amerika Selatan sebagai satu wabak besar. Pada Januari 2016, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengeluarkan panduan perjalanan bagi negara-negara terjejas, termasuklah panduan langkah berjaga-jaga yang dipertingkatkan dan pertimbangan untuk menangguhkan perjalanan serta panduan untuk wanita hamil. Agensi-agensi kesihatan dan pemerintah lain turut mengeluarkan amaran yang serupa, manakala negara-negara seperti Colombia, Ecuador, El Salvador dan Jamaica, menasihati wanita untuk menangguhkan kehamilan sehingga risiko mengenai virus tersebut dapat lebih diketahui.
       sumber info : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas



Bagaimanakah ia merebak?


Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis.

Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washinton DC yang bercuaca panas.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

Bagaimana mengatasinya? (Via: en.wikipedia.org)

Nyamuk Aedes Jenis Aegypti

Simptom utama demam Zika


- Sakit kepala

- Ruam pada kulit

- Sakit sendi

- Mata kemerahan


Rawatan


Seperti denggi, sehingga kini belum ada vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.


Kesan virus Zika

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.

Bagaimana Zika boleh menyebab kecacatan otak pada janin?

Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.



Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.


Apa yang harus ibu hamil lakukan di tengah-tengah wabah virus Zika? (Via: bio116su12.pbworks.com)


Vaksin virus Zika dijangka siap Ogos ini - Saintis AS




Vaksin virus Zika dijangkakan siap Ogos ini.



Sukar halang virus zika masuk Malaysia, kata KKM




PENYEBARAN VIRUS ZIKA




PENCEGAHAN VIRUS ZIKA

- Sembur asap fogging


Bagi Bonde bahaya ada dimana-mana? apa yang perlu kita semua buat adalah menjaga kebersihan kawasan persekitaran rumah.  Bersihkan kawasan rumah dengan bekas tadahan air untuk mengelakkan pembiakkan jentik-jentik.

Jom gotong-royong bersihkan kawasan rumah !

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN