BondeZaidalifahDotCom: TAJAAN KAHWIN 25 JUTA UNTUK SYATILLA MELVIN DAN SHAHEIZY SAM

TAJAAN KAHWIN 25 JUTA UNTUK SYATILLA MELVIN DAN SHAHEIZY SAM

1:31 pm

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari,

Time lunch, adalah time untuk update blog, Rata-rata blogger Malaysia semua dah update pasal cerita artis ni,

SYATILLA MELVIN DAN SHAHEIZY SAM


Gambar pada hari pengumuman perkahwinan Shaheizy Sam, 33 dengan aktres Syatilla Melvin, 25. Sama cantik dan sama padan.

Jom baca kisah mereka.... 



Petikan Berita : freemalaysiatoday.com


PETALING JAYA: Perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin pada 8 Februari depan mendapat tajaan sebanyak RM25 juta, lapor Berita Harian, hari ini.

Akhbar itu melaporkan, perkahwinan yang boleh disifatkan sebagai ‘Wedding of the Year’ itu mendapat tajaan daripada jenama barang kemas antarabangsa, Ceres, bernilai RM20 juta.

Tajaan juga diberikan oleh Jakel; KL Wedding Ministry; Zaha Wedding Planner; Azasna Design; Atelia Amani; Lord’s Tailor; Saiful Baharim dan Arma Couture.

Tidak ketinggalan menghulurkan sokongan ialah Qudyn KL, Laura Daddys, Casaclo, Kaio Studio, Amir Naufal Phootobooth, Moments Photobooth dan Hotel Sunway Putra.

“Kami sendiri agak terkejut dengan jumlah tajaan ini. Apa pun terima kasih kepada pihak yang sudi menaja dan menjadi sebahagian daripada hari bahagia kami.

Majlis ini bagai meraikan mereka yang dianggap seperti keluarga kami,” kata Sam yang dipetik Berita Harian.

Perkahwinan Sam dan Syatilla menjadi tajaan terbesar Ceres setakat ini.

Sam dan Syatilla sudah saling mengenali sejak 2010, dan akan dinikahkan di rumah keluarga Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang, pada 8 Februari depan.

Ia diikuti majlis resepsi di Bukit Jawi Golf Club pada 9 Februari dan di Hotel Mandarin Oriental, di sini, pada 14 Februari.

IMG-20160112-WA0025


SYATILLA MELVIN DAN SHAHEIZY SAM

SYATILLA MELVIN DAN SHAHEIZY SAM


SYATILLA MELVIN DAN SHAHEIZY SAM












Gambar Syatilla Melvin - Bakal Isteri Shaheizy Sam

SYATILLA MELVIN DAN SHAHEIZY SAM



~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

4 TEGURAN MEMBINA

  1. suka tengok pasangan ni. sama cantik sama padan. Semoga ikatan yang bakal dibina kekal hingga ke jannah InshaAllah.

    ReplyDelete
  2. semoga berbahagia sehingga ke anak cucu...

    ReplyDelete
  3. Boleh dikira sebagai wedding of the year ni. Sampai 25 juta. Semput tengok nilai tu :p

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN